Monday, March 3, 2014

Dengarlah jeritan hati ku

Yuhuuu...

Blog?....

Test selama sudah lama tak mengarang.

Dengarlah jeritan hati ku!!...

Walaupun kita jenis huhahuha...adakala mahu gak ada peneman yang sudi mendengar rintihan kegedikkan kita.

Tapi????....

Siapa yang sudi tadah telinga dengar masalah orang kan?

Pendamlah sampai berkulat dalam hati ini.

Monday, July 2, 2012

Sayonara

Assalammuallaikum.

Kita ingin mengundur diri dari berblog atas kesibukkan kita seharian.Mohon kemaafan jika ada kesalahan atau ayat2 kasar sepanjng kita jd pengarang capuk lam blog Love 愛

jika diizinkn,insyallah...kita ketemu lagi di alam maya.bila tu kita tak pasti.skrg mahu bg perhatian lam segi pelajarn pd anak2 dunia n ahirat.moga kita mampu mendidik mereka jd insan yg baik.insyallah.

amat2 berterima kasih untuk semua yg sudi menjadi kawan kita sepnjng blog ini aktif.jika ada kelapangan kita akan kunjung blog2 kawan2.

senyum manis sayang n salam sayang teramat dari kami sekeluarga untuk semua (^_^).

akhir utk penutup blog ni kita sertakn gmba2 si adik yg terpilih utk "boku tou", di Gifu Arena,Japan."boku tou", bermaksud pedang kayu.Video ada.memory telah menghilngkn diri.maka tak dpt nak jejak langkh.hehehe.....


bersiap sedia tuk "boku tou"

melangkah gagah(huhu...izinkan ayat gagah tu yeee) masuk dewan

step by step for "boku tou"

snap yg terbaik le kita fkr tuk kenangan

selesai sudah "boku tou"

gmba ni tak de kene-mengena gan "boku tou".
entah gmba thn bila?
gaya cam pahlawan lak.ada gaya tak?
akhir kata,
SALAM SAYANG UNTUK SEMUA DARI KAMI DISINI

Saturday, June 9, 2012

Selamat Pengantin Baru


1hb,june,2012.
selepas waktu asar.
Sah, adinda ku bergelar isteri kepada pasangannya.
Doa kami sekeluarga,sahabat, moga bahagia hingga akhir hayat,
Dunia dan Akhirat
Amin
*mohon maaf ya.kuality gmba yg tak baik.kita lupa nak bawa kamera*



 

 


hehehe...puas dera pengantin basuh periuk,kuali.
siap solet2 muka gan bontot kuali, periuk yg itam

abaikan pengemis comey ni.
hehehe...sape nak join?
masih teringat masa men kejar2.
lupa kejap umur yg telah berangka 3+..tuttttt...

*ya ampun.msh mood malas ni.insyallah...cuba berjinak balek berblog*
*love u.muahhhh...*

Tuesday, September 20, 2011

Apa Khabar Semua?

Assalammuallaikum.

Bermulakan Bismillahirahmanirrahim.
nak mula cakap apa ya?hehehe...dah kaku cam kayu

Adakah kaka2 n adik semua Sihat????
Adakah kaka2 n adik2 semua Gembira????
Adakah kaka2 n adik2 Ceria cam gmba diatas????
Adakah masih bersemngat dengan Mood Raya????

nak tnya kita?
entah le?
nak kata tak appy, tgk TV kita tergelak
nak kata tak sihat, vroommm..sana sini..
Ceria?
tak ceria.
nape?
sbb, mood utk berblog terus ilang.
ni tgh kumpul semula semangat nak berblog.
nak kene sapu bersih2 kemalasan kita ni.
Mood Raya?
dah kat jepun.mood raya tak da.
lain le kat mesia, dpt mkn, dpt duit raya.
eh??kita dpt duit raya?
huhuhu...nnt kita citekan ya


kemalasan kita dah sama kategori gan kucing ni
tgk jelah gaya kucing ni
buruk gupe kalo muka kita kat keybord tu


tgh mencari sesuatu yg tersirat lam buku?
itu resepi kot?

nak menari smbil menyanyi cam puteri ni?
ditemani dgn burung ikut menyanyi?

kita berdrumkan hentakan pisau smbil mendendangkan
alunan masakan lam kuali.....
(apa punya jiwang da?????)

TAPI
*
*
*
*
*
*
*
*
*
kita sayang u all semua


*abaikan jiwa kosong kita ni.tak tahu nak buat apa.tgh layan ujan akan berterusan hingga keesok dgn diiringi taufan.thn ni jepun betul2 teruk dibedal bencana.boleh kata tiap2 thn.tapi thn ni paling teruk sepanjng kita ddk kat cini.
*gambar2 semua tu cuma gmba hiasan saje.

Saturday, September 10, 2011

Abah

Assalammuallaikum.

..............no komen pasal blog ni.sebln lebh tak sentuh.just bls komen.Terima kasih pada mereka yg sudi kesini.

Tetiba dtg rajin nak n3 kish ni.sbb rindu kat abah, senyuman abah, letran abah.kita doakan abah terus diberi kesihatan yg baik2.

semenjak abah accident 2thn yg lps, keadaan bdn abah semkin lemah.jalan pun dah slow.malah mkn pun slow.tgh kumpul duit tuk wat pemeriksaan mata abah.mata dah kabur.moga seleps wat pemeriksaan yg rapi, kita mengharap penglihatan abah akan baik.InsyAllah....

disini kita nak bebelkan pasal keje2 seorg peneroka.kita anak peneroka.tapi cuba reti kutip lantun n susu getah je.menoreh memang tak reti.adik-beradik kita pun tak sorng pun yg reti menoreh.adik lelaki je reti.si anak2 pempuan tak leh arap.hehehe.....

tiba musim cuti sek. akan tolong abah kat kebun.suka bau susu getah.cam ne kita nak gambarkan bau susu getah ya?you all bayang sendiri le....

bab terserempak gan ular tu pekara biasa.ingat masa nak g kutip susu getah.dgn bersemngat heret tin.sekali ular melintas depn kita, tin entah kemana kita campak, lari tak cukup tanah.sib baik le ular tu tak kejar.langsung tak wat keje.ikut abah kutip susu dari belakang.kalo kat cawan susu getah tu ada benda yg pelik2(serangga), tercegat jauh sikit dr pokok.tggu le smpi abah smpi, baru keje bergerak semula.

nama je ddk kat lam utan.serangga memang kita takut.nyamuk tu ok lagi le......

kalo angah ikut g kebun lagi tak leh arap.abah suruh ambil tin.dia boleh menyental bekal dulu.makan dulu baru keje.itu prinsip dia.

ada suatu hari tu susu getah memang melmbak2 kuar dr pokok.kita pun suka.sbb cawan semua penuh2 gan susu getah.seingat kita.tong getah yg selalu abah bawak ke stor tu lam 10kilo.masa tu penuh le tong susu tu.Abah guna motor Yamaha.itu le yg kami ada.dah le uzur masa tu.n lepas kutip susu, tak abis sbb tong dah penuh, kita n abah g le anta susu ke stor.nak masuk kebun abah ni bawak bukit.yg tinggi, yg rendah, yg menjunam, semua ada.nak kuar jln besar kene tempuh bukit-bakau tu.

abah masukkan gear 1, motor dgn menderum naik bukit.kita ddk depn tangki motor.huhuhu......motor naik sepruh bukit.tiba2 motor dah tak boleh nak mendaki bukit.pelan2 motor abah kebelakang.abah cuba tahan gn kaki.kita dah panic.tenaga abah nak tahan motor tak cukup kuat.maka motor terus kebelakang n terjatuh ketepi bukit.

Ya Allah...susu!!!...tu yg terkuar dr mulut abah.tong susu yg penuh dgn susu getah, dgn lajunya termuntah keluar dr tong.tinggal separuh.sedikit kesedihan pada wajah abah.abah bertungkus-lumus selamatkan susu yg tertumpah tu.Ya Allah.....tersentap hati kita.tadi wajah abah ceria dgn rezeki yg lbh ni.skrg wajah abah bertukar sedih.tapi dari mulut abah masih mengucap kesyukuran baki rezeki yg masih tertinggal lam tong susu tu.

kita tak mampu menolong abah masa tu.dgn tenaga bdk kecik.yg kita mampu tangisan kerna kesian pada abah.Abah mampu lagi tersenyum."tak de rezeki".

ABAH...terima kasih selama ini.selagi kami hidup akan kami berbakti utk abah.InsyAllah.....

Thursday, July 21, 2011

Muffin Coklat

Assalammuallaikum.

Disini panas.disana cam ne?
semlm ujan, sejuk sikit.
ari ni dah panas terik ditambah bunyian si cengkerik.
Eh?!...セミ-cengkerik ke?(solan tuk mereka yg fhm jepun)

Mencuba nasib dgn muffin ni.
Si abg sudah lama menanti muffin.
tapi mak nya, banyakkkkkkkk nau alasan.

Mudahhhhhhhhhh
senangggggggggggggg
pendek masaaaaaaaaaaaaaa
apa lagi.
n
sesuai resepi tuk org cam kitaaaaaaaaaaaaa

tiba2 mengidam nak mkn muffin coklet lak.
eeppppp.....tak de apa maksud na.
jgn nakal2...jgn pesong maksud.hahahaa
jumpa resepi ni kat "Myresepi"
terima kasih pada tuan punya resepi ni
Cik,Puan? Yani (tak tahu status)
kita tak kenal tuan punya resepi ni
minta dihalalkan copy resepi ni

dah lama tak snap gmba masak
(sebelom ni pun tak le cntik sgt)
rasa kekok le....

sebelom kita bentangkan resepi ni
ingin kita 
mohon maaf
jap lagi akan bz n bersambung ke esok
n bersambung ke lusa
n bersambung entah bila?
akan muncul jika masa mengizinkan
rindu semesti pada semua
semua jgn nakal2 ya
Aduh.....tetiba hiba hati mak, nak.....




Muffin Coklat

Bahan-bahan

**200g coklat masakan
**70g mentega
**2 biji telur
**50g gula halus (kita guna 30g)
**60g tepung gandum
**1 sudu kecil baking powder




Cara-caranya;
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler".(kita guna microwave 700w-50saat)
  2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
  5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  7. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
Dari komen kat myresepi ni.semua menjadi.termasuk kita (^____^).bangga?mesti le.....



Isnin lepas cuti.maka bawa bebdk ke sungai.dekat gan umah.kat citu pun ada fool.bdk2 je yg mandi kat fool.kita tggu luar le.BIKINI?nak kene sepok ni.hahaha...bikini pun tak de.malah tak mampu tuk kita mengenakan bikini.

cuma 2jam je.sbb cuaca mendung n sejuk.air sungai amat sejuk.dpt tangkap ikan.anak ikan je.org punyalah ramai.hehehe...ya ampun.baru perasan byk pokok "momiji".nak cuba tgk "light up momiji" kat cini le.tuk kawan2 kat nagoya.nnt kita cuba tgk masa n tarikhnya ya.nnt akan kita bg tahu.kat Toki pun ada.kat cini mesti meriah.tempt lain tak tahu le.

n ari ni mulalah cuti sekolah selama sebulan lebih.bln9 baru mula sekolah blek.tapi cuti cepat sehari..semlm dah cuti gara2 taufan.selesai berceloteh kat cini nak g sekolah.nak angkut barang2 kat sekolah yg perlu dibawa balek.kalo anak lelaki ni memang tak boleh arap.sabau jelah.

si abang dah abis belajar renang.
ni hasilnya.kakoiii....

cam muka serangga lak bdk sekor ni.

Tuesday, July 19, 2011

Mee Bandung & Mee Rojak

Mana gmba mee bandung n mee rojak? semua tertanya?
sebenarnya.....kita nak cite pasal kisah disebalik tabir mee bandung n mee rojak ni.
kisah yg telah berlalu empat thn lepas.

Mee Bandung.
masa tu tamu mak nak dtg.n kebetulan masa tu kita blek mesia.tapi disbbkan tetamu mak dtg awal dr waktu yg dijanjikan,mak mnta kita tolong masak mee bandung

Mak; "Nor, tolong masak mee ni ya".
Anie; "nak masak apa mak?"
Mak; "mee bandung.bahan2 semua mak dah sediakan.tahukan wat mee bandung?
Anie; "Tahu

mak g sambut tetamu.kita sambut mee bandung.godek punya godek n sambil dok beborak gan adik pempuan kita, terjadi lah kisah yg tak diingini....

Adik; (tiba2 dia menjerit...) LONGGGGGG!!!!.....
Anie; "Aapeeee??...terkejut senduk ai ni....
Adik; "mak suruh masak mee bandung.ni ko masak mee apa?
Anie; "mee bandung le....
Adik; "ko tahu tak mee bandung cam ne?
Anie; (sambil imejkan mee bandung cam ne?)...."cam ne?"
Adik; "mee bandung ada kuah le.ni mana kuah ko?dah jadi mee goreng bandung ni....
Anie; Eh!!??....(terus tambah air)
Anie; "bantai le

Dah masak, kita g le hidangkan kat tetamu.gihihihi....cover ayu mak na.mak jeling kat kita smbil berbisik; "ko masak mee apa ni?....hehehe...smbil senyum kambing. "ni le mee bandung baru.tanpa kuah.lariiiiiiii..........

sib baik dah kawen.kalo lom kawen.gerenti reject jadi menantu.gahahahaha....suami kita pun geleng pala tgk mee tu

Mee Rojak.
kalo blek mesia memang tak muat perut ni nak disumbat.sape suka mee rojak?aduh sekarng jugak nak makan.

Dialog mee rojak;
Adik; "long, tolong sendukkan rojak TUK kentang".
Anie; "ummm...kentang?(tak dengar perkataan TUK tu.puas le kita selak mee rojak tu cari kentang)
Anie; "wei...mana ada kentang lam mee rojak ni.masa bila lak mee rojak letak kentang?"
Adik; (dengan heran adik tgk kita)..."kentang apa long?".
Anie; "tadi ko kata letak kentang!!!...."
Adik; (dah ketawa terbahak2...)..."masa bila lak org kata letak kentang?tolong sendukkan mee tu TUK dak kentang ni.
Anie; "sape kentang?" (sambil tunjuk kearah kawan adik)."bukankah kawan ko tu Iwan?"
Adik; "Ooooo....kisah sikentang ni...bapak dia tanam kentang.jadi kita org pun panggil le nama glomor dia kentang.

Walah weiiiiii......mati2 kita ingat ada kentang lam mee rojak tu.siap selak semua mee tu tau....

nasihat penaja; dengarlah dengan teliti.supaya tak jadi cam kita ni.

sekian