uuummmmm...cepat sungguh masa berlalu.
ari ni sebelah pagi kita anta bdk2 ke kelas renang.kelas gantian.alangkah...amat sukanya kita, sbb kedua2 anak kita nak benti dari kelas renang.suka sesangatttt...3 thn belajar renang.bukan nak jadi dia org perenang yg bagus.atas sbb kat Satoshi.dia takut sgt nak renang.n masa umur dia 1 1/2 thn, kita g le pantai gan kawan.itu le pertama kali Satoshi tgk laut.bila dia tgk ombak....macam org kene rasuk dia ajak balik.pada hal baru je smpi...dia kata laut tu nak makan dia...puas kita pujuk.tapi kawan dia bukan main suka lagi main kat tepi2 pantai tu....(nak kata Satoshi jakun..boleh sgt diterima..hihihi)
n masa umur dia dah 4 thn. lagi sekali kita bawa dia ke pantai kat mesia.kita ingat dia dah ok.rupa2 masih takut.Akira n bapak dia yg main kat pantai.kita pujuk Satoshi.skrg dia dah ok.bila dia dengar kisah ni..malu habis..hahahaha
sebenarnya kita nak cite lain....
selepas habis kelas renang. kita ajak bdk2 ni ke shopping mall nak beli brg.tapi barg yg kita nak dah hbis.beli brg lain.
masa nak balik Akira ddk depan.dia tak pakai tali pinggang.kita suruh dia pakai tali pinggang.dgn selamba dia menjawab..."yada...yo...""-"saya tak mau!!!"""...kita suruh smpi 3x. jawapan yg sama Akira menjawab.
tiba2 hati kita panas dgn jawapan Akira.kita bentikan kete kat tepi jalan.
"jika tak mo pakai tali pinggang, sila ddk kat belakang"...dia berkeras tak mahu ddk belakang.lagi buat kita angin."kenapa degil sangat ni?!"....Akira lak jawab,"sy bdk baik.mak je selalu d\fkr sy bdk yg tak baik!!!.....nooooo!!!!!....kita tak bermaksud begitu!!!.....hati dah ketahap melampau ni....boleh kuar asap kat kepala.
kita turun dari kete bukk pintu kete, suruh Akira turun.dia tak hirau apa yg kita suruh.kita msuk balik kete.lagi sekali dgn kerasnya kita suruh Akira pakai tali pinggang.dgn suara yg keras dia jawab "yelahhhh...."lagi sekali buat hati kita sakit.
"AKIRA....salah ke mak tegur?....ini undang2.jika tak mak akan dipersalahkan.kalo nak mengada2 pun biarlah bertempat.awak sendiri tahu salahnya.KENAPA BERSIKAP BEGINI!!....""
"adakah Akira benci mak?"...dia geleng.air mata ni tiba2 je dah meleleh...entah kenapa.Satoshi dah membisu seribu bahasa.tak berani dia nak masuk campur.
"AKIRA.....tlg tgk muka mak!!!....tlg bagitahu apa yg Akira tak suka gan sikap mak?"...lagi sekali dia geleng.....entah knp Akira jg menangis tanpa suara.cuma air mata je yg melelh.kita tunggu kemaafan dari dia.tapi sememangnya dia keras hati.kita terima.
"Akira.....mak minta maaf.terkasar bahasa tadi.jika Akira sayang mak...plz peluk mak!!"..
Akira diam je...beberpa saat kemudian dia peluk kita.
"Mak....saya minta maaf.tak ada niat saya nak buat mak menangis."...dgn lajunya air mata kita mengalir.....
"kalo gitu tolong pakai tali pinggang"...
habis shoting kat tepi jalan tu...kita baru gerakkan kete....(kisah betul tau)
dlm perjalanan balik tak sorang pun bersuara.kita msh sedih...huhuhu..n kita perasan Satoshi pun menangis.....
smpi umah, kita tanya kat Satoshi.
"Sato tadi nangis ya? nape?
dia kata tak sanggup melihat kita mengalirkan air mata.n berkeras sgt nak bersuara kat Akira minta maaf kat kita.tapi dia ambil keputusan cuma berdiamkan diri.
hahahaha....inilah lakonan kita n anak2 ari ni...tapi amat geram sgt kat Akira.kesabaran ada batasnya.....tapi dah tahap melampau.takkan kita nak diamkan.nnt dia tak tahu nak bezakan yg mana baik atau yg buruk...walaupun kita semua diberi otak n minda utk berfkr...
tapi kita cuba utk membetulkan diri kita tuk anak2.tak mahu jadi ibu yg lemah utk anak2 kita.