Wednesday, November 24, 2010

Tomato Sos With Crab

bonjou........
dinner mlm tadi.sos tu kita wat pagi tadi.sambil jenguk2 pc, kemas2, masak2 n jenguk2 anak....

Tomato Sos With Crab

TOMATO SOS

Bahan-bahan;
Tomato dlm tin (pure).......2.5kg
Bawang besar......................1/2 bj
Carrot...................................1/2btg
Celery....................................1btg
Daun basil.............................10helai(atau lebih)
Bawang putih.......................1ketul
Daun "bay leaf"...................1 helai
olive oil sedikit utk menumis(kita guna 3sudu besar)
garam

Cara-cara;

  1. ketuk celery, bawang putih.jgn smpi hancur.ptong carrot memanjang.bawang besar cuma buang kulit saje.tak perlu mayang atau cicang.
  2. panaskan olive oil.tumis bawang putih hingga naik bau.kemudian masukkan bawang besar n carrot.biarkan bawanug besar layu sedikit baru masukkan celery.tumis dlm 5minit.
  3. kemudian masukkan tomato.hancurkan tomato.jika dah agak hancur masukkan daun "bay leaf".
  4. guna api yg kecil masak sos ni smpi 40~50minit.kadang2 kacau, supaya tak hangus bahagian bawah.tak perlu tutup periuk.
  5. selepas 40minit, masukkan daun basil.siat2kan daun tu.biarkan 5minit.masukkan garam n rasa.
  6. keluarkan celery,bawang besar n carrot.(kita blander sayur tu n tapis sekali.sedap rasa manisan sayur dlm sos)
  7. tapis sos tomato.sedia utk sos spagetti atau pizza

masak le spagetti cam biasa.letak le bhn2 yg anda suka....kalo nak kuah. tambah air rebusan spaggetti.kitanya terkering.tak de kuah.

4 comments:

  1. anieeeeee...lapar masuk sini..
    ada lagi tak tu??
    akak suka spagetti nih...
    akak makan kek je hari ni..huhu

    ReplyDelete
  2. oooo....kak anymz,spagetti ada sikit lagi tu.kene panaskan.nnt kalo kita bertandang keumah kakak kita bawakan spageti.senang keje kalo dah tahu apa kegemaran akak

    ReplyDelete
  3. Kak Zai nak juga hantarlah sepinggan.

    ReplyDelete
  4. boleh...kene tax bayaran hantaran kos..hihihi...

    ReplyDelete