Tuesday, September 20, 2011

Apa Khabar Semua?

Assalammuallaikum.

Bermulakan Bismillahirahmanirrahim.
nak mula cakap apa ya?hehehe...dah kaku cam kayu

Adakah kaka2 n adik semua Sihat????
Adakah kaka2 n adik2 semua Gembira????
Adakah kaka2 n adik2 Ceria cam gmba diatas????
Adakah masih bersemngat dengan Mood Raya????

nak tnya kita?
entah le?
nak kata tak appy, tgk TV kita tergelak
nak kata tak sihat, vroommm..sana sini..
Ceria?
tak ceria.
nape?
sbb, mood utk berblog terus ilang.
ni tgh kumpul semula semangat nak berblog.
nak kene sapu bersih2 kemalasan kita ni.
Mood Raya?
dah kat jepun.mood raya tak da.
lain le kat mesia, dpt mkn, dpt duit raya.
eh??kita dpt duit raya?
huhuhu...nnt kita citekan ya


kemalasan kita dah sama kategori gan kucing ni
tgk jelah gaya kucing ni
buruk gupe kalo muka kita kat keybord tu


tgh mencari sesuatu yg tersirat lam buku?
itu resepi kot?

nak menari smbil menyanyi cam puteri ni?
ditemani dgn burung ikut menyanyi?

kita berdrumkan hentakan pisau smbil mendendangkan
alunan masakan lam kuali.....
(apa punya jiwang da?????)

TAPI
*
*
*
*
*
*
*
*
*
kita sayang u all semua


*abaikan jiwa kosong kita ni.tak tahu nak buat apa.tgh layan ujan akan berterusan hingga keesok dgn diiringi taufan.thn ni jepun betul2 teruk dibedal bencana.boleh kata tiap2 thn.tapi thn ni paling teruk sepanjng kita ddk kat cini.
*gambar2 semua tu cuma gmba hiasan saje.

Saturday, September 10, 2011

Abah

Assalammuallaikum.

..............no komen pasal blog ni.sebln lebh tak sentuh.just bls komen.Terima kasih pada mereka yg sudi kesini.

Tetiba dtg rajin nak n3 kish ni.sbb rindu kat abah, senyuman abah, letran abah.kita doakan abah terus diberi kesihatan yg baik2.

semenjak abah accident 2thn yg lps, keadaan bdn abah semkin lemah.jalan pun dah slow.malah mkn pun slow.tgh kumpul duit tuk wat pemeriksaan mata abah.mata dah kabur.moga seleps wat pemeriksaan yg rapi, kita mengharap penglihatan abah akan baik.InsyAllah....

disini kita nak bebelkan pasal keje2 seorg peneroka.kita anak peneroka.tapi cuba reti kutip lantun n susu getah je.menoreh memang tak reti.adik-beradik kita pun tak sorng pun yg reti menoreh.adik lelaki je reti.si anak2 pempuan tak leh arap.hehehe.....

tiba musim cuti sek. akan tolong abah kat kebun.suka bau susu getah.cam ne kita nak gambarkan bau susu getah ya?you all bayang sendiri le....

bab terserempak gan ular tu pekara biasa.ingat masa nak g kutip susu getah.dgn bersemngat heret tin.sekali ular melintas depn kita, tin entah kemana kita campak, lari tak cukup tanah.sib baik le ular tu tak kejar.langsung tak wat keje.ikut abah kutip susu dari belakang.kalo kat cawan susu getah tu ada benda yg pelik2(serangga), tercegat jauh sikit dr pokok.tggu le smpi abah smpi, baru keje bergerak semula.

nama je ddk kat lam utan.serangga memang kita takut.nyamuk tu ok lagi le......

kalo angah ikut g kebun lagi tak leh arap.abah suruh ambil tin.dia boleh menyental bekal dulu.makan dulu baru keje.itu prinsip dia.

ada suatu hari tu susu getah memang melmbak2 kuar dr pokok.kita pun suka.sbb cawan semua penuh2 gan susu getah.seingat kita.tong getah yg selalu abah bawak ke stor tu lam 10kilo.masa tu penuh le tong susu tu.Abah guna motor Yamaha.itu le yg kami ada.dah le uzur masa tu.n lepas kutip susu, tak abis sbb tong dah penuh, kita n abah g le anta susu ke stor.nak masuk kebun abah ni bawak bukit.yg tinggi, yg rendah, yg menjunam, semua ada.nak kuar jln besar kene tempuh bukit-bakau tu.

abah masukkan gear 1, motor dgn menderum naik bukit.kita ddk depn tangki motor.huhuhu......motor naik sepruh bukit.tiba2 motor dah tak boleh nak mendaki bukit.pelan2 motor abah kebelakang.abah cuba tahan gn kaki.kita dah panic.tenaga abah nak tahan motor tak cukup kuat.maka motor terus kebelakang n terjatuh ketepi bukit.

Ya Allah...susu!!!...tu yg terkuar dr mulut abah.tong susu yg penuh dgn susu getah, dgn lajunya termuntah keluar dr tong.tinggal separuh.sedikit kesedihan pada wajah abah.abah bertungkus-lumus selamatkan susu yg tertumpah tu.Ya Allah.....tersentap hati kita.tadi wajah abah ceria dgn rezeki yg lbh ni.skrg wajah abah bertukar sedih.tapi dari mulut abah masih mengucap kesyukuran baki rezeki yg masih tertinggal lam tong susu tu.

kita tak mampu menolong abah masa tu.dgn tenaga bdk kecik.yg kita mampu tangisan kerna kesian pada abah.Abah mampu lagi tersenyum."tak de rezeki".

ABAH...terima kasih selama ini.selagi kami hidup akan kami berbakti utk abah.InsyAllah.....

Thursday, July 21, 2011

Muffin Coklat

Assalammuallaikum.

Disini panas.disana cam ne?
semlm ujan, sejuk sikit.
ari ni dah panas terik ditambah bunyian si cengkerik.
Eh?!...セミ-cengkerik ke?(solan tuk mereka yg fhm jepun)

Mencuba nasib dgn muffin ni.
Si abg sudah lama menanti muffin.
tapi mak nya, banyakkkkkkkk nau alasan.

Mudahhhhhhhhhh
senangggggggggggggg
pendek masaaaaaaaaaaaaaa
apa lagi.
n
sesuai resepi tuk org cam kitaaaaaaaaaaaaa

tiba2 mengidam nak mkn muffin coklet lak.
eeppppp.....tak de apa maksud na.
jgn nakal2...jgn pesong maksud.hahahaa
jumpa resepi ni kat "Myresepi"
terima kasih pada tuan punya resepi ni
Cik,Puan? Yani (tak tahu status)
kita tak kenal tuan punya resepi ni
minta dihalalkan copy resepi ni

dah lama tak snap gmba masak
(sebelom ni pun tak le cntik sgt)
rasa kekok le....

sebelom kita bentangkan resepi ni
ingin kita 
mohon maaf
jap lagi akan bz n bersambung ke esok
n bersambung ke lusa
n bersambung entah bila?
akan muncul jika masa mengizinkan
rindu semesti pada semua
semua jgn nakal2 ya
Aduh.....tetiba hiba hati mak, nak.....




Muffin Coklat

Bahan-bahan

**200g coklat masakan
**70g mentega
**2 biji telur
**50g gula halus (kita guna 30g)
**60g tepung gandum
**1 sudu kecil baking powder




Cara-caranya;
  1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler".(kita guna microwave 700w-50saat)
  2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
  5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  7. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
Dari komen kat myresepi ni.semua menjadi.termasuk kita (^____^).bangga?mesti le.....



Isnin lepas cuti.maka bawa bebdk ke sungai.dekat gan umah.kat citu pun ada fool.bdk2 je yg mandi kat fool.kita tggu luar le.BIKINI?nak kene sepok ni.hahaha...bikini pun tak de.malah tak mampu tuk kita mengenakan bikini.

cuma 2jam je.sbb cuaca mendung n sejuk.air sungai amat sejuk.dpt tangkap ikan.anak ikan je.org punyalah ramai.hehehe...ya ampun.baru perasan byk pokok "momiji".nak cuba tgk "light up momiji" kat cini le.tuk kawan2 kat nagoya.nnt kita cuba tgk masa n tarikhnya ya.nnt akan kita bg tahu.kat Toki pun ada.kat cini mesti meriah.tempt lain tak tahu le.

n ari ni mulalah cuti sekolah selama sebulan lebih.bln9 baru mula sekolah blek.tapi cuti cepat sehari..semlm dah cuti gara2 taufan.selesai berceloteh kat cini nak g sekolah.nak angkut barang2 kat sekolah yg perlu dibawa balek.kalo anak lelaki ni memang tak boleh arap.sabau jelah.

si abang dah abis belajar renang.
ni hasilnya.kakoiii....

cam muka serangga lak bdk sekor ni.

Tuesday, July 19, 2011

Mee Bandung & Mee Rojak

Mana gmba mee bandung n mee rojak? semua tertanya?
sebenarnya.....kita nak cite pasal kisah disebalik tabir mee bandung n mee rojak ni.
kisah yg telah berlalu empat thn lepas.

Mee Bandung.
masa tu tamu mak nak dtg.n kebetulan masa tu kita blek mesia.tapi disbbkan tetamu mak dtg awal dr waktu yg dijanjikan,mak mnta kita tolong masak mee bandung

Mak; "Nor, tolong masak mee ni ya".
Anie; "nak masak apa mak?"
Mak; "mee bandung.bahan2 semua mak dah sediakan.tahukan wat mee bandung?
Anie; "Tahu

mak g sambut tetamu.kita sambut mee bandung.godek punya godek n sambil dok beborak gan adik pempuan kita, terjadi lah kisah yg tak diingini....

Adik; (tiba2 dia menjerit...) LONGGGGGG!!!!.....
Anie; "Aapeeee??...terkejut senduk ai ni....
Adik; "mak suruh masak mee bandung.ni ko masak mee apa?
Anie; "mee bandung le....
Adik; "ko tahu tak mee bandung cam ne?
Anie; (sambil imejkan mee bandung cam ne?)...."cam ne?"
Adik; "mee bandung ada kuah le.ni mana kuah ko?dah jadi mee goreng bandung ni....
Anie; Eh!!??....(terus tambah air)
Anie; "bantai le

Dah masak, kita g le hidangkan kat tetamu.gihihihi....cover ayu mak na.mak jeling kat kita smbil berbisik; "ko masak mee apa ni?....hehehe...smbil senyum kambing. "ni le mee bandung baru.tanpa kuah.lariiiiiiii..........

sib baik dah kawen.kalo lom kawen.gerenti reject jadi menantu.gahahahaha....suami kita pun geleng pala tgk mee tu

Mee Rojak.
kalo blek mesia memang tak muat perut ni nak disumbat.sape suka mee rojak?aduh sekarng jugak nak makan.

Dialog mee rojak;
Adik; "long, tolong sendukkan rojak TUK kentang".
Anie; "ummm...kentang?(tak dengar perkataan TUK tu.puas le kita selak mee rojak tu cari kentang)
Anie; "wei...mana ada kentang lam mee rojak ni.masa bila lak mee rojak letak kentang?"
Adik; (dengan heran adik tgk kita)..."kentang apa long?".
Anie; "tadi ko kata letak kentang!!!...."
Adik; (dah ketawa terbahak2...)..."masa bila lak org kata letak kentang?tolong sendukkan mee tu TUK dak kentang ni.
Anie; "sape kentang?" (sambil tunjuk kearah kawan adik)."bukankah kawan ko tu Iwan?"
Adik; "Ooooo....kisah sikentang ni...bapak dia tanam kentang.jadi kita org pun panggil le nama glomor dia kentang.

Walah weiiiiii......mati2 kita ingat ada kentang lam mee rojak tu.siap selak semua mee tu tau....

nasihat penaja; dengarlah dengan teliti.supaya tak jadi cam kita ni.

sekian

Thursday, July 14, 2011

New Baby

Assalammuallaikum
Nama saya; Muhammad Afiq
lahirkan di jepun.
ari ni saya genap 2 bln
saya dilahirkan pada 14,may,2011

hihihihi....
comel tak.
dah lama tak bau baby n dukung baby.
so cute.

kita g tgk Afiq ari ahad lepas
sampi umah mama Afiq, dak afiq tgh tido lena.
kita nanti afiq bangun

lepas je mama dia abis mkn, terus dia mengeliat.
bangun nak susu.pandai dia

n sebelom blek
sempat le beborak n dukung afiq
takut pun ada.
sbb dah lama tak dukung baby

suka gan afiq sbb sudi berborak dgn kita
see....
wajah dia ketawa 

ni wajah tawa afiq bila kita berborak gan dia
maaf ya.gmba blurrr...
ambil dari hp.
sbb lupa bawa kamera

terima kasih Afiq.
ketawa girang si baby.
jika ada masa n di izinkan boleh unty jumpa dgn Afiq lagi

Monday, July 11, 2011

Award from Ayu, Love U

TERIMA KASIH
ARIGATOUGOZAIMASU
THANK YOU
for

terima kasih tak terhingga.
terima award lagi.Ayu siap mencipta award ni.amat2 menghargai.
terima kasih, cukup ke utk ku ucapkan?
sayang ketat tuk Ayuuuuuu

moga persahabatan di alam maya ni, kekal
n
insyAllah...jika diizinkan, ingin bertemu.
jika jodoh kita panjang ya...
InsyAllah

suka sgt lakaran award tu

Saturday, July 9, 2011

Award


ASSALAMMUALLAIKUM

Terima Kasih pada Julia, MummyAaron, bagi award ni.
ayat kejong le...sbb pertama kali n3 award ni.
kene bentangkan 7 perkara tentang diri kita.

uummmm.....
nak yg benar ke? @ yg olok2??
hahaha....guwau je
nak tahu?
jom le....

7 Perkara tentang kita;

1. Anak sulung lam keluarga.besar tanggungjawab tu(yelah???..).salah sorg adik meninggal masa dilahirkan.kalo arwah hidup.mak kata serupa gan kita.sedihhh....meninggal depan kita.lemas lam kandungan.so cute masa dikapan.

2.Sudah berkawen.kawen lam usia yg muda.somi seorg muallaf.masih byk yg perlu kami belajar hal2 agama.

3.punyai dua putera yg amat kita sayangi.kekadang mencabar kesabaran kewanitaan kita ni.(eh???bukan kesabaran seorg ibu ke????

4.skrg menetap di jepun.InsyAllah....lam beberapa thn lagi akan menetap di Malaysia.menanti penuh sabar.n mengharap anak2 pun setuju tinggal di Malaysia.doakan ya

5.seorg yg manja.tak kisah gan sape.kecuali lelaki le, (yg tiada hungungan gan kita).dgn anak2 pun selalu kita bermanja.dgn tu dpt mengeratkan lagi perhubungan anak n ibu lebih erat.InsyAllah....

6.Masih belajar lam bab memasak.ada kala sedap.ada kala hampeh.nak masak tuk kekawan memang tak de keyakinan.kalo sudi mencuba mkn masakkan kita apa salahnya....ada sape yg sudi?

7.tak suka marah.kalo kita marah, kita lebih suka mendiamkan diri.kalo tak dpt nak kawal marah, cam ne ya? jgn smpi jadi ada kes bertumbuk,(aduh...kuat nau????).teringat 1 kisah.masa tu kita amat marah dgn seorg umat tu.hingga sekarang tak dpt nak maafkan kesalahn dia.masa tu tgh drive, terpaksa bentikan kete.sbb dah tak boleh nak drive dgn tenang.bentikan kete selama 5 minit.sib baik masa tu mak ada.mak surh kita byk2 bersabar.mengucap byk2...lepas dah reda kita sambung drive, nak g melaka ambil adik yg pengsan.

gempak???!!! yg last tu? wat tak kisah le.

sape kita nak kenekan ni???

jeng...jeng...jeng...jeng....

keputusannya 5 org yg kita tag ialah; .......


jawab solan periksa ni dgn teliti ya.

Sunday, July 3, 2011

Kisah ku menjelajah si dapur

YA ALLAH.......ni tenggelam betul ni.bln6, cuma 3 n3 je.dah abis cerita ka?bln6 bz sesngt.Bln 7?sibuk jg ke?entah le?.....

nak n3 cite masak memang tak de mood.

otak buntu abis.

nak cite le kisah memula kita jelajah dapur dedulu.nak geleng ke? nak hentak kaki ke? tp itu adalah kita.memang tak geti memasak.tapi suka mencuba.kemas malas.hahaha....malas yg tak boleh ditinggalkan.

sebelom kawen, mak selalu membebel."belajar masak.nak bg somi ko mkn pasir?"...tu le solan yg selalu mak bebelkan.masa lom kawen kita berterus-terang kat somi, yg kita tak berapa pandai masak.akan cuba belaja memasak.sib baik somi memahami.n sekrg bersyukur dia tak cerewet lam bab masak.

lepas kawen mggu pertama, 2 mggu makan maggi n nasi goreng je.hehehehe....

kesian kat somi.gigih belajo masak.tp bukan masakan mesia.masakan jepun.masakan jepun pertama yg kita buat "gyouza".itu pun somi yg ajar.lepas tu tgk dr tv n buat.semua tak jadi.lagi bab mengoreng.hancur berderai.tapi tabahkan juga demi somi tercinta.ewahhh....

luka, kuku terpotong, terhiris jari, celup tgn lam minyak panas, melecur semua ada.malah apron yg kita pakai pun penah terbakar.kitchen towel bape helai terbako.bulu roma pun penh terbako.adihhh.....lauk pauk hangus jgn kata le.tapi somi tetap bg semangat kat kita.jgn patah semangat.sbb takut dia pun kebulor nnt.kihkihkih....

Lantai melecur.
tajuk baik punya.masih berbekas lantai tu.masa tu nak le main lambong2 le lauk yg kita masak lam fry fan tu.mcm chef tu le.....lain arah yg dilambong semua jatuh ke lantai.kitanya panic, terus letak kuali yg panas tu kat lantai.kaut lauk tu masuk lam kuali.isshhh...pengotor.angkat kuali baru perasan.lantai dah gondol sbb melecur.huhuhuhu....tp lauk tu tak mkn le.tong sampah le kenyang.somi blek tnya nape gan lantai ni.cerita le....masa dulu kala...bla...bla...bla....

kuali berapi.
masa tu somi tak de.kita gan anak2.masa tu bdk2 pun masih kecik.nak goreng sesuatu.kita lupalah....nak tggu minyak panas kita layan le bdk2.pastu si abg menjerit."mak......asap!!!!!".....asap????terus berlari kedapur.tgk lam periuk tu dah kuar api.besa gan api tu.anak kita suruh curah air.sib baik mlm tu, kebetulan tgk rancangan kebakaran.jgn sesekali surah air.nnt api lebih besar.sbb minyak ada.kita dah keulur-hilr bawa periuk yg berapi tu lam umah.semua dah panic...."buka tingkap...buka tingkap...."si abg terus buka tingkap, kita terus buang periuk yg berapi tu keluar.senyap...api pun padam.masing2 terdiam.sib baik tak de kebakaran.jgn tiru cam kita ya kekawan.

Kek.
peristiwa wat kek ni tak akan kita lupa.cuba buat kek dari buku 100yen shop.menjadi.mula2 cuba sikit.eh!...sedap lak.rasa lagi.rasa punya rasa, mkn kek tu smpi 1/2.sebelh ptgnya perut kita meragam sbb makn kek je.hehehe...n somi blek dah tak larat nak masak tuk dia.kenelah dia masak sendiri.itu sbb skrg kita takut nak buat kek.malah org lam umah ni pun tak caye gan kek yg kita buat.

jeles tau.thn lepas jmpa kk erna , akira mkn kek yg kk erna buat tu dgn berselra.mcm mkn nasi gitu.ehemmmm.....kk ernaaaaaa.....jgn le malu ulur kek tu lagi.hihihihihi.....

skrg kita masih lagi belajar lam memasak.seronok lam berblog.dpt belaja masakkan yg senang.tak penah buat kuih-muih malaya.sbb takut gerenti tak jd.tgk kat umah kekawan tu cam senang je dia org buat.jgn malu tunjuk ajar kita ya.tegur le apa2.tp jgn sekeh.nnt kita lari.hahahaha.....

perut masih kenyang.lom fkr nak masak apa.gerenti mlm ni masak maggi je le.....

Tuesday, June 28, 2011

Apa Tajuk?...Manyak celita ma...

ANNIVESARY TO MY BLOG


tahniah kat blog kita ni.
pada 19hb,6,2011 genap sethun.
nak wish, kita tak de masa.n kebetulan tu dah kat Thai.
mnta izin tuk wish3 tuk blog kita ni.
tak pelah...kita sorang2 wish.kalo sudi jom le.
lagi meriah.suka kita.

cerita dah basi pada mggu lepas
g Thai n mesia.
amat berterima kasih kat adik cantik manis kita ni, Ijah bangkok
suka senyuman dia.kalo dia marah, terus kita2 pun jadi takut.
hehehehe....guwau je
susah payah dating gan kita n siapkan mkn minum.
minta dihalalkan.
nnt byk duit leh g shopping lagi.
smpi jepun baru perasan arge kasut tu.kene bebel.wat tak geti
wat2 tak geti kira mata wang Thai.
hehehehe....

THAI

jln kat mana ni ya Ijah?
makcik lupo lak.
lupa bawa kamera.baik ati Ijah kasi pinjam kamera dia
secara tak langsung jd hak kita.
hahahaha....

g thai atas urusan keje.
n dpt le jumpa Ijah.
suka3


ewah!!!...mana yg lebih geng ster?
kita tak main le geng ster kasar.
geng ster lemah lembut, ma....


anie; "ehem...cik Ijah.leh ai lentok2 kat u?
Ijah; "alaaa....ai ni malau gimau .jgn.ni tempat awam
anie; "tak de sape peduli.sbb kasut sebelah kiri bersih.tak cam sebelh kanan, comot

dialong sesat lak....apa motif dialog tu pun kita tak tau
maceh kerna terbaca
hahahaha....

MALAYSIA

smpi mesi pada 22hb,6.terus ke kilang.semua pekerja dah blek.
hingga ke jumaat sibuk gan keje.
sesekali curi2 kat FB.

hari sabtu ke Seremban.
bawa mak n abah g jejalan sebelom blek jpn.
badan memang penat le.
tapi itu kita tak kisah.
ini le masa yg ada kita nak bersama gan mak n abah
cuma sempat g seremban je

nak jumpa kakak blog kat area seremban.
masa tak mengizinkan.
kk anim kat kota.dekat gan tampin.
maaf ya kakak, bln7 insyAllah....kita jumpa ya.

SEREMBAN, MUZIUM ADAT

tak de hajat nak g sini.
sbb salah jln.terjumpa muzium ni terus masuk
ya ampun, mak kita pun tak penah g sini
lagikan kita.
nama je ddk Negeri 9.
ni betul2 ddk lam utan ni

suka dpt model yg tak byk cerita.
apa yg kita suruh gayakan, dia gayakan.
enjoy...

my daddy.
pak amad sila tgk2 ya

ewah...model wanita melayu terakhir?
entah le?
suka permandangan umah ni
lam umah ni sejuk je.

dah cam muka mak nujum lak makcik ni
mak kita.muka toye.
apalah mak, senyum le tunjuk gusi.
baru cun
sebenar mak kita cun tau
masa snap tu dia wat muka toye lak



suka pada ukiran kayu tu.lupa nak snap gmbo ukiran quran.
kita minat ukiran.ada seni tau tgn ai ni.
tp ambil ms yg lama le ukiran ni.
rindu lak nak berukir

tang gmbo batu tu.
ada batu jenis cam tu kt tampin
kat area Rempah.
balek akan dtg nak cari
Kk Erna n kk Anim, tahu?

suka kat lanskap ni
cantik tak?
cantik tak?
cantik tak?

pantang disuruh bergaya.
tp enjoy ambil gmbo ada sudi nak jd model


KLIA

gelap sikit gmbo tu.
sbb kamera tak geti nak guna lagi.
kat klia sewaktu di pagi hari

KLIA to HONG KONG


HONG KONG

hihihihi...tarak keje beli buku kamera.
sambil baca2, n testing.
ini main bantai je.
abaikan jelah
tgh boring

Transfer
HONG KONG to JAPAN

Tuesday, June 14, 2011

Baaaa.....Cak....

Yuhuuuuu.......semua sihat?rinduuuuuuuu....pada semua.(jap!!!...ada ke sesiapa gindu makcik ni?)
terima kasih pada semua yg tak jemu berkunjung umah yg dah bersawang ni.terharu kita.maceh semua.pesanan dari penaja ni.kalo dtg cini wajib pakai mask ya.kene bersin kita tak nak bertanggungjawab.sbb lom bersihkan sawang2 ni.sudi2 le dtg bawak vacum sekali.apa salahnya bergotong-royong.mesra alam bertambah2.....

ari ni cuti.bkn gara2 nak upload n3 ni.tarak kena mengena.sbb mata kita sakit.berjangkit dari siam kot?hihihihi.....sape tu?

Sape yg menumbuk mata kita ni?jawap!!!.....tak mengaku kita cari sampai kelubang cacing.hahahaha......

kepada mereka yg baru terjah ke cini, tuan umah mengucap ribuan terima kasih,n salam perkenalan dari kita.dengarlah slogan kita ni;

"Jangan segan, Jangan malu, Datanglah selalu"

kalo nak hitungkan kesibukkan ni.memang tak de jawapannya.kita ni dah siap tolak, darab , bahagi = jawapannya bertambah2.jadi tolak ketepi le hal bz tu.

utk tatapan semua cuba komen tang gmbo ni.kita takut gak.
no teknik.secara spotan.
Senyum sayang dari Sato n Akira
gmba ni cuti sekolah thn lepas.kat mesia.
kalo blek mesia mee tu jelah yg akira mkn.
sbb tak pedas.
jgn kata mak, apak dia org kedekut ya.
sbb mkn share.
kebetulan masa tu mereka masih kenyang.tp nak mkn jg
dari membazir baik dia org share.
kan?


ni akira before n after
gmba pegang bunga tu kat clinic gigi.kebetulan hari ibu.pihak clinic ambil gmbo.n isteri doc gigi tu dah jd kawen kita.suami dia encem gak.ahaiiii...dah mula gatai le tu.tu sbb mata sakit.

 gmbo tembam tu masa akira sakit asma.
 sib baik tak bulat terus-menerus.
lepas kuar hosp. doc suruh diet.
gmba tu dari doc

akan dtg kita cite le kisah masa akira sakit asma.
penat ulang alik hosp.
sampai staff hosp dah kenal kita org ni.
hihihihi...kira pemes gak le....
dah hmpir 3thn tak jejak kaki kat hosp tu.
kalo demam kita g clinic je.
mlz nak g hosp.pasti byk penyakit yg akan berjangkit.

enjoy

Sunday, June 5, 2011

Assalammuallaikum

Terlebih dahulu ingin ku pinta maaf kepada semua.

nape?

yelah...dah tenggelam balek.n bln 6 yg penuh gan aktiity sehingga rasanya tak dpt nak n3 blog(sape ada kisah?).n bln6 ni si abg n adik akan ambil periksa English tuk pertama kali.periksa tu lagi 2 mggu.tp ini adalah kali pertama mereka ambil periksa n berbayo tau.itu yg kita nak beri perhatian pada English mereka.kene belajar sama2 gan mereka.kalo periksa tu free kita tak ambil ksh.dah lah tu mahal.kalo tak lulus kene ambil lagi le.itu pun pihak Aeon nak bg kelas bimbingan cam ne nak lulus n bukn free bimbingan berbayo.huhuhu...pasal duit mak atau isteri kenelah ketatkan sikit dompet ni.betul tak?????

nak cite ni.ada sape yg sanggup ambil kita bekerja jika baca kisah ni?

apa kisahnya?

ehemmm....masuk keje kat cini dah hmpir 2thn lebih.ummm...lama jg kita bertahan.mula2 keje, masuk keje dari pukul 8am hingga 3pm.

pastu pepagi terkejar2, kita mnta kat bos start keje kol 8.30am hingga 3pm.bos bagi

pastu lam senyap2 tak bg tahu bos n ikut suka ati kita kita start keje kol 9am hgga kol 3pm.

la ni....start esok.kita dah bg tahu bos nak masuk keje kol 8am hgga 2pm.bos kata ok.

nak kata kita ni pekerja kesayangan. ohhhhh...jauh sekali.kalo kilang lain gerenti dah kene buang.tak tahu nape bos tak penah marah?itu sbb kita ambil peluang pijak kepal bos?oh...nehi.bukan begitu.rasa malu gan pekerja2 lain pun ada.nmpk betul kita ni mengada2.tapi kita nak luangkan masa gan BLOG.itu alasannya.boleh terima ke?yg penting kerja2 kita semua beres tanpa tangguhan.

n nak laungkan masa tuk perhatian pelajaran anak2 n jg kendo n agama.semua kita kene buat.walaupun penat sebagai pekerja, surirumahtangga, isteri, n ibu. kita gembira lakukan tu semua.dlm paksa

arap lepas ni kita dpt sesuaikan diri n guna masa dgn sebaiknya.

maaf ya.akan cuti sementara.ke rumah kekawan akan kita berkunjung.jgn tutup pintu ya.kang kita pecahkan.hahaha....manyak berani nak pecahkan pintu umah org.

jumpa lagi jika kita ada kelapangan nanti.n sentiasa rindukan anda semua.

LOVE YOU ALL.muaaahhhhhh......

Sunday, May 29, 2011

Pizza Margherita

マルゲリータ
Margherita

perasan tak?kat lam gmbo yg tulisan jpn lain?
sape yg fhm tulisan jpn mesti perasan.
hihihihi...silap taip.
pertama kali kita wat pizza ni.
nama sebenarnya pizza ni kita tak tahu 
jika salah mnta maaf
tgk kat tv.cari2 resepi kat tenet
senang, mudah n sedap
cuma tang doh tu je perlukan masa.
sebenarnya......nak wat mggu lepas.
manjanggggggggg......je...tak de masa

hihihihii.....
(^___________^)
lebaukan senyuman kita.
sbbbbbbb.....dpt pujian dari anak2 sbb sedap.
dialog mereka;

Abg; "WOW!!!...pizza!!!.mak beli ke?
Kita; "mak buat le......
Abg; "Eh!!!!!...mak yg buat?hebat!!!!!....
Abg; "mak baru pertama kali buat sesedap gini?handal mak ya...
Adik; "uummmm...ari ni je sedap.kekadang tu tak sedap....
Abg; "biasalah...mak kita bknnya pro masak....
(suka dpt pujian.kutukan pun ada.biasalah....tapi si abang betul2 berselera mkn.n tak lepas bg pujian)nnnnn....pizza licin abis dimakan.alhamdullillah...kita ingat pasti tak abis.sbb besar gak saiznya.....





マルゲリータ、Margherita
Kulit pizza;
*Tepung roti > 180g
*Yis > 5g
*Gula > 10g
*Garam > 5g
**Air suam > 80ml
**Susu segar > 20ml (jgn terlalu sejuk sgt.sebelum guna kuarkan dr peti ais)
***Olive oli > 10g

Caranya;
  1. Satukan semua bahan yg bertanda *.
  2. Kemudian tuang air suam n susu kedalam numbor 1 tadi.n gaul hingga menjadi doh.
  3. setelah dah jd doh.tambahkan olive oil n uli.
  4. tidokan doh selama 2jam.(kita cuma 1jam 1/2)
  5. setelah 2jam ditidoakn doh tu leperkan kulit pizza tu.
  6. cucuk gan garpu.n sapu sos tomato atas kulit n tabur chesee n daun basil.
  7. bakar dlm oven selama 20minit.dgn suhu 250°c
Sos
Tomato (tin) > 5 sudu besar
Olive oli > 1 sudu besar
Garam sedikit

Mozzarella Cheese (kita guna 100g)
Daun basil secukupnya

Caranya;
  1. Panaskan olive oil n masukkan tomato n tumis selama 10mnt.n tambah garam.

spageti sos dakwat itam sotong.
yg sos ni kita beli je.
suka sgt.lepas mkn sengeh le...lawooooo gigi
dakwat sotong tu, apa namanya?
kita lupa lah...mlz nak cll mak.
hahahaha.....

Perancis Cruller + Chocolate Filling

フレンチ
クルーラー
Perancis Cruller

cadang nak wat donut pg semlm tuk sarap.
entah kemana buku menghilang diri.
jumpa semlm.n sarap pagi ni

toping with chocolate filling

Chocolate Filling copy dari umah Ijah, Bangkok.
sedap coklet ni.
ms wat toping tu kita cairkan sikit coklet
ada projek gan coklet tu.
apa projeknya???
tunggu siaran akan dtg.kalo jadilah ya...
doakanlah semoga menjadi.hahahaha....

yg belum di salut n dah disalut.
pilihlah mana yg suka...

td dah anto bebudak ke club kendo.
semlm pun ada.tp bz maka g ari ni je
ku sangkakan ari ni leh golek2 le
gupe2nya ada keje yg perlu beta buat.
pg td dpt sms dari abg ipo, suruh ambil lesen suami kita kat umah mak mertua
lupa sakan.lepas bdk2 abis club kang g ambil le....
tak leh lelama...jap lagi nak g isi minyak kete.
smlm lupa nak g bank.g esok jelah.
smlm ujan bersambung kehari ini.kemungkinan taifu akan turun ketempat kita
esok atau lusa.
nak kemas brg2 kat luar tu.
thn ni ujan turun awal n jg taifu.


Chocolate Filling

teramat sedap coklet ni.
sesuai tuk selera kekanak.
n sesuai tuk inti roti atau sapu roti.
mnta izin pada tuan punya resepi n dihalalkan


Resepi asal ; Puan Azlina Alias
Sumber ; K.Nor @ secubit garam
Copy dari ; Ijah, Bangkok


Chocolate Filling;

Bahannya;
250 ml susu sejat
180 ml air suam
180 g gula castor > (kita guna 100g sugar powder)
60 g serbuk koko
60 g tepung jagung
1 sudu tepung gandum > (yg ni K.no tambah)-kita jg
1 sudu teh esen vanila
60 g mentega.

Caranya;
  1. capurkan kesemua bahan kecuali vanila n mentega.
  2. kacau dgn mengunakan hnd wisk kacau hingga sebati.boleh jg kalau guna blender
  3. masukkan vanila n mentega
  4. kacau atas api hingga pekat.(kita gunakan api yg sederhana)
  5. setalah pekat.padamkan api n sejukkan sebelum diguna
note tuk kita; jika nak yg jenis cair.kurangkan sikit tepung jagung.

Friday, May 27, 2011

Deep-Fried Tofu

ari ni teringin nak makan pizza.
makanya....
mision diet yg terakhir kita.
dinner mlm semlm.
sop n salad kita tak sediakn.dah serender....hahaha
total kcal lebih kurang 300kcal lebih kot, sbb kcal nasi kita tak tahu

maaf ya, plan nak cuba semggu.
tapi dlm semggu tu ada cuti menu diet.
berat badan mula2 turun.tp selepas kita ada cuti dari menu diet, kg bertambah.
3 ari kita cuti, huhuhuhu.....kita hamba yg lemah.
apa yg kita nak komen pasal buku resepi ni,
amat berkesan jika berdisplin le.
sbb ari pertama n kedua berat badan kita turun.
berat kita 50.2kg.keesokkan pagi kg masih kekal
n hari kedua 49.4kg
22hb,n 23hb,5 kita cuti dari menu diet
n 23hb, tu lepas abis keje kita melantak nasi.
mlm tu berat kita 50.3kg.aduhhhh.....
24hb, menu diet.berat bdn kekal. 
25hb, kita cuti blek.sbb kepenatan.
mlm tu melantak bbq lam umah.51.2kg
pagi 26hb, 50.8kg.
26hb, cuma menu atas tu. n pagi ni 50.8kg
ayoyo....bertambah dr berat asal.

jgn salah fhm tau.menu diet yg kita cuma ni memang berkesan.
knp berat kita bertambah?
sbb kita tak ikut jadual masa mkn.
insyAllah...kita tak akan putus asa
n akan bg jawapan yg baik tuk semua dari menu diet ni
walaupun kuantity yg cukup n byk dari menu ni, berat leh turun.
tak caye?kita caya, sbb dah cuba
tp bila mkn dari makan kita sendiri dgn kuantity yg sikit tp berat boleh bertambah.
maka kuantity bukan pokoknya.
kcal yg peting masa kita mengambil pemakanan tu.

sama2 kita cuba ya....

sebenarnya targget adalah suami kita.dia blek nnt akan mula blek projek diet gan dia.
sbb kene masak asing2 tuk bdk2 n kita.
memang memenatkan.kalo ai tak keje.
memang tak de ponteng.ALASAN!!!!....

maaf ya keputusan yg hampa tuk semua.
tp kita akan terus cuba menu diet dari buku ni.


Deep-Fried Tofu (2org)

Bahan;
Tauhu 1block (dlm 350g)
Cendawan/ shimeji > 1/5pack
Dry cendwn 2 keping
Daun bawang yg halus 2btg
Tpg ubi tuk salut tofu
Minyak tuk mengoreng

Bahan Kuah;
Radish 2cm > sagat
Halia sedikit > sagat (nak letak lebih pun sedap, guna air rendaman cendawan kering tu)
Air + pati ikan > 100cc
Soy Sauce > 1sudu besar
Sdikit air bancuhan tepung ubi tuk pekatkan kuah
(semua bahan dicampurkan, berserta cendawan2 n panaskan.bila kuah dah sebati gan cendawan2 tu boleh pekatkan kuah dgn air bancuhan tepung ubi)

Caranya;
  1. Potong tofu kecil2.ikut suka anda.jgn kecik sgt.sebelum potong tu.keringkan air lam tofu gan kitchen paper.barulah potong
  2. Salut tofu dgn tepung ubi.masa nak goreng tu tepuk2 tofu dari tepung.
  3. Angkat n toskan dari minyak
  4. Susun tofu dlm pinggan n tuang kuah cendawan keatas n tabur daun bawang yg telah diracik halus
**ari ni mlz teramat.dah tukar baju nak g keje.bekal pun tak buat.dok lepak2 kat sofa.terus MLZ mendatang.tel kilang gan suara tak sihat.kononya...."ari ni sy cuti.tak berapa sihat.ohokkk...bohokkk..bohokkkk...bohngggg.....

Tuesday, May 24, 2011

Chicken With Basil Sos


Dinner
tak lengkap.ada 2 lauk kita tak sediakan.sbb tak de masa.
balek dari kelas english bebdk ni dah kol 6.30pm(jpn).
siapkan dinner ni n bdk2.menu bdk2 lain2.tu yg nak cepat.


silap beli mustard.resepi ni guna mustard yg berbiji2 tu.
kita ubah sikit cara masak ayam tu.
suka kat sos.suka daun basil.
uuummmm....pada kita sedap.
tak tahu nak komen apa?
sebenarnya amat mengantuk ni.
minda pun dah tido

pada mek Ijah, godaan u tak cukup kuat.
ingat nak wat korea food.bahan2nya tak cukup lak.maka kkanie wat dinner ni.esok goda yg lain ya......


Chicken With Basil Sos.(2 org)

Bahan;
Daging ayam bahagian paha 100gx2keping (kita guna bhgian dada)
Garam n Papper

*Lettuce 2 helai
*Carrot 2cm
*Tomato (kita tambah)
(mayang halus.kecuali tomato.satukan salad ni.kita guna dressing)

Sos
**Daun basil yg mentah 3g (cincang halus)
**Mustard jenis yg berbiji (terpulang) 2sudu besar
**Olive oil 1 sudu kecil
**Gula 1/3 sudu kecil
**Garam n PP secukupnya
(gaul kesemua bahan)

Caranya;
  • Gaul ayam dgn garam n pp.(kita buang kulit)
  • Bakar ayam dlm oven toaster selama 5~8mnt.(kita goreng ayam tu dgn olive oil sedikit je)
  • Susunlah ayam n salad dlm pinggan n tuang kuah keatas ayam.siap.
balek keje td, lapo sesgt.makan nasi gan kari ayam.ari ni berat bertambah.ini gara2 kena godaan si Ijah bangkok le ni.huhuhu...sememangnya semangat ku ni nipis.tinggal 2 ari lagi.apa le keputusannya?...berhasil atau?????.....ada jawapan????