Monday, February 21, 2011

Asam Pedas Melaka with Sardin


 
entah kenapa?smlm teramatttttttt...sgt nak mkn "asam pedas sardin"
habis le umah dak hana kita selongkar.gara2 nak cari resepi asam pedas.
kita tak bleh masak kalo tanpa rujuk resepi.w/pun masakkan mesia.
tapi hana,... tak de resepi yg tekak kkanie nak.
umah tak selerak kan?siap kemas cntik bersih.tanpa tinggal kesan jejak.

akhirnya, kita rujuk resepi "asam pedas melaka".
dpt le idea nak gabungkan "asam pedas melaka n sardin".
rujukan resepi kita copy dari cini.
mnta dhalalkan.

huhuhu...esok tak payah susah2 nak wat bekal.
lauk dah ada.

 
Asam Pedas Melaka + Sardin.
 
 
 
 
 
 
 
 
  • ikan tenggiri/siakap/kembung/pari/sembilang/keli
  • 7/8 ulas bawang merah (tarak.gnti bwg besar)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci persegi belacan (tarak jg)
  • 1 inci kunyit hidup (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
  • 1 cawan air asam jawa (gnti asam keping)
  • cili yang telah dikisar (dapat yang digiling lebih sedap)
  • 2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
  • sedikit halba
  • 1 inci sedikit halia
  • Air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka.
Cara memasak:
  • Kunyit hidup dan bawg putih ditumbuk lumat. Kemudian masukkan bwg merah ...tumbuk separuh lumat...masukkan belacan tumbukkan juga.
  • Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
  • Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
  • Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
  • Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik.
  • Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
  • Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
  • Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
  • Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
  • Didihkan kuah...masukkan garam dan perasa.
*note*: ikan je kita tukar sardin.semua ikut yg sama


To: Puan Fauziah Bte Sibon
Selamat Hari Jadi.
moga sihat, ceria n bahagia hendaknya.

love you so much.dunia n akhirat.
terima kasih untuk segalanya.

ari jadi mak kita adalah smlm 21hb, 2
kita leh lupa.
sib baik tergerak ati nak cll mak.
hihihihi....maaf ya mak.bleh terlupa lak besdy mak

yg ni utk ateh.adik perempuan kita.
besdy jatuh pd 20hb,2
tak wish.lupa gila.
maafkan kanda yg dinda.
nak usung menteri sana, sini smpi lupa ko nya besday
alg doakan cepat sembuh.
love you

Muffin Chocolate With Walnut

ari ni cuti rasmi KHAS tuk kita.
tak faham cuti KHAS?
cuti sempena hari malas nak g keje.gahahahahaha......
 semlm Sato teringin nak mkn muffin.
jadi pelawakan diri nak wat kek.
kek yg senang n mudah.
perasan? SENANG n MUDAH!!!!....

Recipes by; aya ideta sensei.dr tenet
cccccccccccccccccccccccccccccccc

Muffin Chocolate
          With Walnut
ggggggggggg


butter.................50g
Gula...................30g
Brown sugar........30g
Garam secubit
Telur..................1bj
Tepung...............67g
Baking powder.....2g

Koko powder........10g
Susu segar.........40ml
Coklat Chip.........30g
Walnut..............25g

<Hiasan>
 serbuk gula tuk tabur

  1. Ayak tepung+baking powder+serbuk koko.ketepikan
  2. Bakar walnut dlm oven dgn suhu 170℃ selama 7~8mnt.
  3. Dalam mangkuk, Butter yg dah lembut+gula+brown sugar+secubit garam.gaul dgn sebati.
  4. Pukul telur dlm mangkuk lain.tak perlu smpi gebu.masukkan dlm mangkuk no.1 tadi sedikit demi sedikit n gaul sebati.
  5. Masukkan tepung n susu, 1/2 dari adunan .kacau sebati.masukkan baki tepung n susu semua n gaul sebati
  6. Kemudian masukkan coklat chip .hancurkan sikit walnut n gaul sebati.
  7. Masukkan dlm kertas muffin.Bakar dgn suhu 180℃.masa, 12mint hingga 15minit.
*pedulikan warna kek kita tu.sbb lupa letak serbuk koko.lepas masak baru perasan warna putih lak.
*kita tak de brown sugar.guna gula 50g


semlm tercicir lak bdk sowng ni.maka kita masukkan kat cini.

katsuta-kun.
dgn gaya memek muka yg keras.
tapi bertungkus-lumus berlari.

Sunday, February 20, 2011

Marathon

bersenam n berlatih paskan tali sebelum bermula larian.
dari kelab kendo 2kumpulan.


pertama kali bdk2 ni join "marathon".n jg kawan2 mereka.
mula2 cikgu kendo kata sorang lari 200meter.
tapi cikgu silap.sorang 2kilometer.
kita fkr anak2 kita tak mahu join.
tak sangka mereka berdua mahu mencuba.
GOOD BOY!!!!....LOVE U

takiru-kun.
nape lak dia pndg atas?


hayate-kun
faito...


dai-cyan.
bdak ni yg bersemangat betul nak berlari.
ari tu turun salji pun dia ajak berlatih.


eh???cam kenal?
akira desu.


sato n akira kumpulan yg berlainan.
tp numbor giliran yg sama.tu yg sama2 lari.
fighting!!!!....(dah abis berlari dah....)



yousei-kun.
bdk yg baik.
tak byk ckp.
selalu menangis waktu berlatih kendo
tapi tak bermakna dia lemah.
byk pertandingan yg telah dia menang.
uuummmm...sato bila lagi ya?


kokei-kun.
kawan dari taska.
tak sangka dia join kendo
sebelum ni dia masuk club "baseball"


yousei-kun.
tak berapa byk cakap.
kita suka gan bdk ni, tak nakal


hinata-kun.
atuk, ayah dia cikgu kendo.
maknya masa high school join kendo.
huhuhu...anak mesti berbakat.

*semua ada 16 kumpulan.kumpulan bdk2 ni kalah.dia org cuba pun suka2 je.mana tahu lain kali boleh menang?kan???....kita tak kisah.asalkan dia org gembira join sukan.n yg gembira.dia org ni buat dgn sungguh2.walaupun tahu akan kalah.

*akan dtg mak bdk pun nak join le.bakar lemak yg tersembunyi dlm bdn ni.hihihihi.....

Saturday, February 19, 2011

Selamat Pagi

Assalammuallaikum 
Selamat Pagi n Ohayou n Sawarikap n .......

kita mnta maaf.tak dpt nak update selalu.dgn kesibukan kita menjaga itik2...(hihihi...bukan)
kesibukkan dgn jadual arian anak2 n urusan hal arian.

rindu teramat pada u all semua.elehhhh...ngada2 lak kita ni.eh..betul tau.
n....n...n...rindu kat hubby jg (-_-)

yg sudi n selalu dtg kecini amat kita berterima ksih.tak jemu baca n3 yg dah lapuk n dah basi.

khas utk semua


ini adalah jadual arian anak2 n kita;

Isnin
*ari yg leceh.sbb kene jemput bdk2 asing.sbb abis wak2 sek berbeza.ambil akira kat kelas "sampua".kemudian ambil Satoshi pulak kat kelas "sampua".(btul ke eja "sampua" tu?)
*kene sediakan mkn mlm awal.kol 6.30pm anta dia org ke club "kendo".tggu smpi dia org hbis.abis "kendo" lam kol 10pm.

Selasa.
*Satoshi ada kelas BI.dia baru join.kene tggu dia smpi abis.mula kol 4.50pm hgga kol 5.50pm.blek buat dinner.ada ms nak jenguk blogkan?tapi keje umah byk menanti.

Rabu.
*tiada aktivity bdk2.tapi aktivity kita kene anta bdk2 ke umah kawan2 dia org le.....uuuuwwaaa...ari ni je yg bleh luang masa lbh sikit kat pc.

Khamis.
*anta kelas BI, Sato n Akira.
*abis kelas BI terus anta dia org ke kelas "sampua".
*abis kelas "sampua" kene jemput dia prg pulak

Jumaat.
*kelas renang.Akira.kene tggu smpi abis.nak blek umah jauh,n syg mnyk kete.

Sabtu.
*club kendo.

Ahad.
*jika tiada pertandingan kendo.g merayap le.bln3 hgga bln5 akan bz gan pertandingan.tak bleh nak mengeluh.kita jg yg suruh anak2 join sukan.sbb kita tak suka dia org tak aktif lam sukan.jd (^____^)

tak le padat.tapi tggu je dah wat kita penat.tapi tak mengeluh depan anak2.kene sokong dia org.baru2 ni Satoshi berhasrat nak join kelas Komputer lak.cian lak kat bdk2.ms tuk dia org bermain tak de.w/pun kita tekankan pelajran n sukan.dia org mesti nak g bermain.

aaarrr....esok ada rentas desa.bn kita yg.bdk2 ni.tp mak bdk kene jd guard tuk keselamatan bdk.....mntk2 ujan le.kalo tak ujan jgn le ada angin.

Wednesday, February 16, 2011

appy besdy, Satoshi

besdy Satoshi adalah smlm.sbb bz kita tak sempat nak n3.maka n3 ari ni
pagi2 kol 6am anta hubby ke stesen.dia akan bertolak ke Indonesia.
jgn nakal2 ya papa.


tiap2 thn yg akan jd penyibuk adalah Akira.mesti sebelum tiup lilin dia akan menyibukkan diri dia.
tapi sib baik le Sato ni penyabar.masa msh kecik...Akira le yg akan rasmikan dulu tiup lilin

mlm smlm wat parti sushi.sbb dah lapo...lupa nak ambil gmbo.

layan le gmbo lam gelap ni....


dah 11thn.cepat sggh masa berlalu.moga sihat selalu n jgn lupa org tua n ilmu


ambil smlm.gmba yg atas tu view dari bilik tido.

Friday, February 11, 2011

マーボー豆腐、Maboutauhu

Assalammuallaikum
(^__^),sihat?

cepat sggh masa berlalu.rasanya mcm tak sempat nak kejar masa.

bangun dari tido tgk kat luar dah putih melepak.
gmba ambil dari bilik tido.pemandangan yg jauh tu view bukit.tapi tak nmpk sbb terlindung dek cuaca
kemungkinan esok pun turun salji.
teringat masa lahirkan Satoshi.tiap2 ari salji.sib baik tak letak nama dia "YUKI"


ari ni ada temu janji gan kawan.mkn kat luar.
kita sorang je makluk terasing.semua org jepun.

hubby n anak2 lupa sekejap
sesekali tak pe kan?
antara menu tgh ari
                                 
lam gmba kita ada tanda uruf.antaranya;
a, sashimi (ikan mentah,uummm...sedap)
b,salad timun
c, tauhu
d, telur ikan (pas kat kawan, tak suka)
e, kimpirra (akan dtg kita cuba letak resepi ni)
f, ikan bakar,telur,sushi n sayur salut
g, miso siru, sop jepun
h, tempura
i, sashimi sos (sos sauce tuk sashimi)


ごちそうさまでしった。おいしいかったです。(^__^)
gochisou sama deshitta, oishii katta desu (^__^)
ayat tu guna selepas habis mkan.kita alhamdullillah.mereka(jpn) gochisou sama deshita

ichigo daifuku

strawberry yg disalut dgn kacang putih yg dilenyek n mochi.
mochi dari beras pulut
uuuummmmm......cedap

dah hbis layan gmba2 kat atas?
jom layan kitanya dinner lak.
menu mlm ni, masakkan kelahiran dari cina
tapi ikut selera kita


Maboutauhu

Bahan-bahan
  • tauhu 1 park@ 450g
  • daun bawang 1btg
  • bawang putih 2 ulas (terpulang kalo nak letak lebih)
  • halia sebesar ibu jari
  • toubanjan @ cili boh 2sudu besar (nak pedas lagi leh tambahkan cili)
  • sos sauce 1sudu besar
  • oyster sos 1 1/2 sudu besar
  • pati ikan @ ayam (ikut rasa)
  • gula 1sudu kecil
  • minyak bijan 2 1/2sudu besar
  • air 250ml
  • tepung beras yg dibancuh dgn air. (utk pekatkan kuah)
Caranya;
  1. cincang halus b/putih, halis n daun bawang.ketepikan
  2. tauhu dipotong dadu.
  3. panaskan minyak bijan, tumis halia n bwg putih hingga naik bau.kemudian masuk cili boh tumis sekejap.
  4. masukkan daun bawang n tumis lagi.masukkan air sikit, sos sauce, oyster sos, pati ikan n gula kacau sebentar.
  5. kemudian masukkan tauhu n air.biarkan hingga mendidih
  6. jika kurang rasa boleh tambahkan rasa ikut selera masing.
  7. tabur sikit minyak bijan n kacau ala kadar n siap tuk dihidang
  8. jika suka boleh tabur daun bawang

*note: jika suka boleh letak daging cincang.hubby tak suka daging.boleh guna terung.kalo guna terung nama kena tukar. "mabou-nasu".kalo nak guna daging.tumis daging dulu baru masukkan bwg putih n halia.n proses yg sama.

jya. gokigen yo......
jumpa lagi......"have a nice day"

Wednesday, February 9, 2011

Strawberry Bavarian Cream


Stawberry Bavarian Cream, "ストロベリーババロア"(sutoroberi babaroa)

pertama kali buat.senang n sedap.tapi kos mahal sikit.
fresh cream dah le mahal+stawberry.dah cecah nak puluh hinggit.

yg penting kita dpt rasa hasilnya yg sedap.


**Stawberry Bavarian Cream**

bahannya;
stawberry................ 1pack
fresh cream.............. 3/4cawan (150ml)
gula halus................. 90g
srbuk gelatin............. 5g
lemon...................... 2sudu kecil




Caranya;
  • sagat atau blender strawberry
  • bancuh gelatin bersama 2sudu air.ketepikan
  • dlm periuk masukkan strawberry yg telah disagat, gula, air perahan lemon
  • kacau bhn tadi atas api yg sederhana.tak perlu lama.tapi pastikan gula larut bersama strawberry n lemon.
  • padam api.terus masukkan gelatin yg telah dibancuh dgn air.n terus kacau hingga larut
  • gelatin dah sebati larut dlm strawberry tadi.tapis.
  • setalah tapis, rendam mangkuk berisi stawberry yg telah ditapis tu dlm air batu.kacau perlahan2 hingga nmpk pekat atau hingga sejuk.
  • dalam mangkkuk yg lain.masukkan "fresh cream".pkul cream atas mangkuk yg berisi air batu.pukul hingga jadi cream
  • setelah jadi cream masukkan stawberry yg tlh ditapis.kacau sebati.
  • masukkan dlm bekas.sejukkan dlm peti ais selama 3jam.hiaslah ikut kesukaan anda.
warna bavarian tu berwarna pink.ambil gmba waktu mlm.nmpk putih lak....rasa lemak2 manis.

nihon go (bahasa jepun)
* ichigo (strawberry)
* oyasumi (selamat mlm semua....muaaahhhhhh......

Monday, February 7, 2011

Ikan Goreng Bersos Masam Manis

元気ですか?元気あれば、何でもできる!!!!。。。。。
(GENKI DESU KA?GENKI ARE BA, NAN DEMO DEKIRU!!!!!!!.........)
SEMUA APA KHABAR?JIKA SIHAT, APA SAJA BOLEH DILAKUKAN!!!!!!!!!!!

meh kita berbhs jepun cikit.cewahhhh...kk Erna jgn lupa catit.nnt cikgu blek kena ambil peksa.tak lulus tak boleh "haitttt....".....hihihihi...gurau je.

atas permintaan kk Erna.suruh kita selit sikit bhs jepun.kk Erna, kita ajar yg senang jelah ya.kita pun tak fasih sgt.tuk diri sendiri boleh le.nak ajar org memang tak pas.

jom layan my dinner.ari ni ada latihan kendo.maka masak yg simple jelah.sbb tak de ms.

魚の甘酢あんかけ(sakana no amai suppai ankake)

ikut resepi ala cita rasa cina.




Ikan Goreng Bersos Masam Manis.
utk 2 org.

Bahan2;
Ikan.............................150g (tak ksah ikan apa.kita guna ikan merah)
garam n tepung(katakuriko) utk salut ikan
minyak untuk mengoreng ikan
daun bawang

Sos;
lada kering yg jenis kecil @ cili padi sebiji
gula 1 1/2 sudu besar
lemon juice 4 sudu kecil
air 4 sudu besar (boleh tukar pada cuka makan)
sedikit garam
tepung kanji sedikit ukt pekatkan kuah
minyak sedikit utk tumis daun bawang (kita guna myk bijan)

caranya;
  1. racik daun bawang.kemudian racik halus lada @ cili.
  2. potong isi ikan ikut saiz anda suka.kita asingkan tulang semua.
  3. gaul ikan dgn garam n salut gan tepung
  4. satukan sos.kecuali minyak.ketepikan
  5. goreng ikan hingga garing.angkat, toskan minyak.
  6. panaskan kuali @ fry pan tumis daun bawang sekejap sahaja.n masukkan sos yg telah dibancuh tadi.
  7. susun ikan dlm pinggan n tuang sos.siap!!!!.....
berita sedih;
mggu lepas ari isnin jiran sebelah, isterinya pergi utk selama2nya.terkejut dgn berita pemergian makcik tu.semenjak 7 thn lepas,dia mengidap penyakit kanser. jarang kuar umah.jd kita pun dah jarang bertemu n berbual dgn makcik tu.borak gan suami jelah.kalo terjumpa.maka ari rabu lepas kita n hubby pergi tuk penghormatan terakhir buat makcik tu.nangis tin...ton...kita.sedih lah beb.......n ari sabtu lepas suami makcik tu n anak lelakinya dtg umah mengucapkan terima kasih atas kehadiran kami suami isteri pada hari perpisahan tersebut.

masa blek umah. huuby ckp gini kat kita;
H: wat sat hang nangis sakan?(hihihi...ayat lam bhs jepun le)
A: sedih le.dulu selalu borak.walaupun jarang.skrg makcik tu tak de.....
H: sib baik isteri "Sakaisan" yg mati.kalo suaminya mati ko nangis sakan.nnt org ingat ko n pakcik tu ada      skandal.
A: ................

hahaha...gitu sekali.tak boleh le...lagi2 bab perpisahan ni.aduh.....semut pun sedih tau

sib baik dia tak wat kat umah.kalo tak mati kita kene layan tuk tetamu yg dtg umah pakcik tu.huhuhuhu...selamat.......

Sunday, February 6, 2011

O.K.U

kerja...kerja...kerja...dulu sekolah.belajar...belajar..belajar...(eh!...kita beljar ke?uuummm....)

tentang tajuk O.K.U, semua tahu maknanyakan?

kita nak cite tentang O.K.U yg berkhidmat, sebgai part time kat kilang tmpt kita kerja.ada 3 tmpt O.K.U yg berkhidmat.
1."やまびこ、 Yamabiko"
2."ひだまり, Hidamari
3. "けやき, Keyaki".
masa mula2 kita diarah ketmpt tu kita menolak.oh!!...byk yg kita fkrkan.sbb tak penah berkerja dgn O.K.U

tapi..... kene patuh dgn arahan

lama2 berkerja dgn mereka seronok pulak.

smlm kita ditugaskan pergi ke "Keyaki", ambil brg n tlg check mana yg tak elok.kebetulan dia org belum balik.bdk2 kat "keyaki" memang peramah n cute2 belaka (tang kerenah mereka tu yg cute).

ms tgh check, ada seorg bdk tanya kat kita.

"Keyaki"; "ne..ne..are, anta no kuruma?(wak...wak...itu kereta awak ke?)
anie; "so desu yo....."(ya)
"Keyaki"; "anta no kuruma kitanai ne?"....(kereta awak kotor sgt, ummm..kita dah agak.bdk ni mesti tanya punya.sbb dia suka kereta).
anie;............just senyum je
"Keyaki"; itsu arau no?" (bila nak basuh?)
anie; uuummmmm......ashita kana????.......(uuuummmmm....mungkin esok kot?).

pasti tu leader dia marah kat bdk tu n mnta maaf kat kita.kita kata, "tak pe.sy tak kisah"...tapiii...malu gak.sbb kete kotor sgt.mggu lepas asik turun salji.kang basuh kotor blek.sbb tu tak basuh.

masa leader dia tlg kita msukkan brg dlm kete.kita katakan kat leader, "bdk2 n pakcik2 kat sini semua comel2.leader tu cuma senyum je.

tiap kali kita dtg ada aje...yg dia org akan tanya.kita memang tak kisah.sbb semua manja.....

itu ksh kat "Keyaki".mereka yg semua comel.tak kiralah pakcik

ini ksh kat "Yamabiko" lak.

pertama kali dtg tu kita memang takut.sbb ini betul2 O.K.U yg perlukan perhatian sepenuhnya.tapi yg kita berurusan ni bleh wat keje.cuma sorang je.yg lain dgn dunia mereka.(^_^).

masa nak blek, tiba2 salah sorang dari mereka berlari menuju ke kita.aduh...masa tu takkan kita pun nak lari jg?.takut jgn cakap le.tapi kita kene hormat perasaan cikgu mereka.kita diam.bdk tu berdiri betul depan kita.

aduh!!!!....bdk ni nak apa?apa aku nak buat ni?....

kita tak tahu nak buat apa, just senyum kat dia.dia bukan main suka sambut senyuman kita.lagi le kita gelisah.sib baik cikgu dia perasan.n terus ambil bdk tu suruh duduk diam2.

bdk tu ikut arahan cikgu.tapi dari air muka dia macam marah.takut jg kalo2 dia hentak cikgu dia.aduhhhh....

mengeletar kepala kaki ni.kalo bdk tu ajak kita menari mgkn kita pun menari kot?sbb tak tahu apa yg perlu kita buat.

kat "Hidamari" tak berapa sgt.sbb mereka betul di displinkan.kita pun tak pernah berckp atau bergurau dgn mereka.sbb cikgu kat situ memang serius.kalo kita dtg, just ambil n blek.jika ada masalah je baru berckp.

pengalaman baru kita.dari takut, sekrg dah berani n seronok gan mereka.walaupun mereka kurang upaya tapi mereka amat istimewa.(^_^)

kat bawah ni gmba prodak yg selalu kita ambil kat 3 tmpt ni.

nama love ni "ampoule cutter"
yg telah siap dibakar.
kalo kerat jari eh kuar darah le....
kegunaannya tuk hosp.tuk pemotong tutup botol.apa yg kita tahu le.....
 
benda yg sama.warna yg lain

                                                                               
contoh warna yg lain.tapi cuma buat warna ijau n oren tu je.
belum ada tempahan tuk warna yg lain tu.sape nak tempah?
kita leh buatkan.hahahaha....