Sunday, May 29, 2011

Pizza Margherita

マルゲリータ
Margherita

perasan tak?kat lam gmbo yg tulisan jpn lain?
sape yg fhm tulisan jpn mesti perasan.
hihihihi...silap taip.
pertama kali kita wat pizza ni.
nama sebenarnya pizza ni kita tak tahu 
jika salah mnta maaf
tgk kat tv.cari2 resepi kat tenet
senang, mudah n sedap
cuma tang doh tu je perlukan masa.
sebenarnya......nak wat mggu lepas.
manjanggggggggg......je...tak de masa

hihihihii.....
(^___________^)
lebaukan senyuman kita.
sbbbbbbb.....dpt pujian dari anak2 sbb sedap.
dialog mereka;

Abg; "WOW!!!...pizza!!!.mak beli ke?
Kita; "mak buat le......
Abg; "Eh!!!!!...mak yg buat?hebat!!!!!....
Abg; "mak baru pertama kali buat sesedap gini?handal mak ya...
Adik; "uummmm...ari ni je sedap.kekadang tu tak sedap....
Abg; "biasalah...mak kita bknnya pro masak....
(suka dpt pujian.kutukan pun ada.biasalah....tapi si abang betul2 berselera mkn.n tak lepas bg pujian)nnnnn....pizza licin abis dimakan.alhamdullillah...kita ingat pasti tak abis.sbb besar gak saiznya.....





マルゲリータ、Margherita
Kulit pizza;
*Tepung roti > 180g
*Yis > 5g
*Gula > 10g
*Garam > 5g
**Air suam > 80ml
**Susu segar > 20ml (jgn terlalu sejuk sgt.sebelum guna kuarkan dr peti ais)
***Olive oli > 10g

Caranya;
  1. Satukan semua bahan yg bertanda *.
  2. Kemudian tuang air suam n susu kedalam numbor 1 tadi.n gaul hingga menjadi doh.
  3. setelah dah jd doh.tambahkan olive oil n uli.
  4. tidokan doh selama 2jam.(kita cuma 1jam 1/2)
  5. setelah 2jam ditidoakn doh tu leperkan kulit pizza tu.
  6. cucuk gan garpu.n sapu sos tomato atas kulit n tabur chesee n daun basil.
  7. bakar dlm oven selama 20minit.dgn suhu 250°c
Sos
Tomato (tin) > 5 sudu besar
Olive oli > 1 sudu besar
Garam sedikit

Mozzarella Cheese (kita guna 100g)
Daun basil secukupnya

Caranya;
  1. Panaskan olive oil n masukkan tomato n tumis selama 10mnt.n tambah garam.

spageti sos dakwat itam sotong.
yg sos ni kita beli je.
suka sgt.lepas mkn sengeh le...lawooooo gigi
dakwat sotong tu, apa namanya?
kita lupa lah...mlz nak cll mak.
hahahaha.....

Perancis Cruller + Chocolate Filling

フレンチ
クルーラー
Perancis Cruller

cadang nak wat donut pg semlm tuk sarap.
entah kemana buku menghilang diri.
jumpa semlm.n sarap pagi ni

toping with chocolate filling

Chocolate Filling copy dari umah Ijah, Bangkok.
sedap coklet ni.
ms wat toping tu kita cairkan sikit coklet
ada projek gan coklet tu.
apa projeknya???
tunggu siaran akan dtg.kalo jadilah ya...
doakanlah semoga menjadi.hahahaha....

yg belum di salut n dah disalut.
pilihlah mana yg suka...

td dah anto bebudak ke club kendo.
semlm pun ada.tp bz maka g ari ni je
ku sangkakan ari ni leh golek2 le
gupe2nya ada keje yg perlu beta buat.
pg td dpt sms dari abg ipo, suruh ambil lesen suami kita kat umah mak mertua
lupa sakan.lepas bdk2 abis club kang g ambil le....
tak leh lelama...jap lagi nak g isi minyak kete.
smlm lupa nak g bank.g esok jelah.
smlm ujan bersambung kehari ini.kemungkinan taifu akan turun ketempat kita
esok atau lusa.
nak kemas brg2 kat luar tu.
thn ni ujan turun awal n jg taifu.


Chocolate Filling

teramat sedap coklet ni.
sesuai tuk selera kekanak.
n sesuai tuk inti roti atau sapu roti.
mnta izin pada tuan punya resepi n dihalalkan


Resepi asal ; Puan Azlina Alias
Sumber ; K.Nor @ secubit garam
Copy dari ; Ijah, Bangkok


Chocolate Filling;

Bahannya;
250 ml susu sejat
180 ml air suam
180 g gula castor > (kita guna 100g sugar powder)
60 g serbuk koko
60 g tepung jagung
1 sudu tepung gandum > (yg ni K.no tambah)-kita jg
1 sudu teh esen vanila
60 g mentega.

Caranya;
  1. capurkan kesemua bahan kecuali vanila n mentega.
  2. kacau dgn mengunakan hnd wisk kacau hingga sebati.boleh jg kalau guna blender
  3. masukkan vanila n mentega
  4. kacau atas api hingga pekat.(kita gunakan api yg sederhana)
  5. setalah pekat.padamkan api n sejukkan sebelum diguna
note tuk kita; jika nak yg jenis cair.kurangkan sikit tepung jagung.

Friday, May 27, 2011

Deep-Fried Tofu

ari ni teringin nak makan pizza.
makanya....
mision diet yg terakhir kita.
dinner mlm semlm.
sop n salad kita tak sediakn.dah serender....hahaha
total kcal lebih kurang 300kcal lebih kot, sbb kcal nasi kita tak tahu

maaf ya, plan nak cuba semggu.
tapi dlm semggu tu ada cuti menu diet.
berat badan mula2 turun.tp selepas kita ada cuti dari menu diet, kg bertambah.
3 ari kita cuti, huhuhuhu.....kita hamba yg lemah.
apa yg kita nak komen pasal buku resepi ni,
amat berkesan jika berdisplin le.
sbb ari pertama n kedua berat badan kita turun.
berat kita 50.2kg.keesokkan pagi kg masih kekal
n hari kedua 49.4kg
22hb,n 23hb,5 kita cuti dari menu diet
n 23hb, tu lepas abis keje kita melantak nasi.
mlm tu berat kita 50.3kg.aduhhhh.....
24hb, menu diet.berat bdn kekal. 
25hb, kita cuti blek.sbb kepenatan.
mlm tu melantak bbq lam umah.51.2kg
pagi 26hb, 50.8kg.
26hb, cuma menu atas tu. n pagi ni 50.8kg
ayoyo....bertambah dr berat asal.

jgn salah fhm tau.menu diet yg kita cuma ni memang berkesan.
knp berat kita bertambah?
sbb kita tak ikut jadual masa mkn.
insyAllah...kita tak akan putus asa
n akan bg jawapan yg baik tuk semua dari menu diet ni
walaupun kuantity yg cukup n byk dari menu ni, berat leh turun.
tak caye?kita caya, sbb dah cuba
tp bila mkn dari makan kita sendiri dgn kuantity yg sikit tp berat boleh bertambah.
maka kuantity bukan pokoknya.
kcal yg peting masa kita mengambil pemakanan tu.

sama2 kita cuba ya....

sebenarnya targget adalah suami kita.dia blek nnt akan mula blek projek diet gan dia.
sbb kene masak asing2 tuk bdk2 n kita.
memang memenatkan.kalo ai tak keje.
memang tak de ponteng.ALASAN!!!!....

maaf ya keputusan yg hampa tuk semua.
tp kita akan terus cuba menu diet dari buku ni.


Deep-Fried Tofu (2org)

Bahan;
Tauhu 1block (dlm 350g)
Cendawan/ shimeji > 1/5pack
Dry cendwn 2 keping
Daun bawang yg halus 2btg
Tpg ubi tuk salut tofu
Minyak tuk mengoreng

Bahan Kuah;
Radish 2cm > sagat
Halia sedikit > sagat (nak letak lebih pun sedap, guna air rendaman cendawan kering tu)
Air + pati ikan > 100cc
Soy Sauce > 1sudu besar
Sdikit air bancuhan tepung ubi tuk pekatkan kuah
(semua bahan dicampurkan, berserta cendawan2 n panaskan.bila kuah dah sebati gan cendawan2 tu boleh pekatkan kuah dgn air bancuhan tepung ubi)

Caranya;
  1. Potong tofu kecil2.ikut suka anda.jgn kecik sgt.sebelum potong tu.keringkan air lam tofu gan kitchen paper.barulah potong
  2. Salut tofu dgn tepung ubi.masa nak goreng tu tepuk2 tofu dari tepung.
  3. Angkat n toskan dari minyak
  4. Susun tofu dlm pinggan n tuang kuah cendawan keatas n tabur daun bawang yg telah diracik halus
**ari ni mlz teramat.dah tukar baju nak g keje.bekal pun tak buat.dok lepak2 kat sofa.terus MLZ mendatang.tel kilang gan suara tak sihat.kononya...."ari ni sy cuti.tak berapa sihat.ohokkk...bohokkk..bohokkkk...bohngggg.....

Tuesday, May 24, 2011

Chicken With Basil Sos


Dinner
tak lengkap.ada 2 lauk kita tak sediakan.sbb tak de masa.
balek dari kelas english bebdk ni dah kol 6.30pm(jpn).
siapkan dinner ni n bdk2.menu bdk2 lain2.tu yg nak cepat.


silap beli mustard.resepi ni guna mustard yg berbiji2 tu.
kita ubah sikit cara masak ayam tu.
suka kat sos.suka daun basil.
uuummmm....pada kita sedap.
tak tahu nak komen apa?
sebenarnya amat mengantuk ni.
minda pun dah tido

pada mek Ijah, godaan u tak cukup kuat.
ingat nak wat korea food.bahan2nya tak cukup lak.maka kkanie wat dinner ni.esok goda yg lain ya......


Chicken With Basil Sos.(2 org)

Bahan;
Daging ayam bahagian paha 100gx2keping (kita guna bhgian dada)
Garam n Papper

*Lettuce 2 helai
*Carrot 2cm
*Tomato (kita tambah)
(mayang halus.kecuali tomato.satukan salad ni.kita guna dressing)

Sos
**Daun basil yg mentah 3g (cincang halus)
**Mustard jenis yg berbiji (terpulang) 2sudu besar
**Olive oil 1 sudu kecil
**Gula 1/3 sudu kecil
**Garam n PP secukupnya
(gaul kesemua bahan)

Caranya;
  • Gaul ayam dgn garam n pp.(kita buang kulit)
  • Bakar ayam dlm oven toaster selama 5~8mnt.(kita goreng ayam tu dgn olive oil sedikit je)
  • Susunlah ayam n salad dlm pinggan n tuang kuah keatas ayam.siap.
balek keje td, lapo sesgt.makan nasi gan kari ayam.ari ni berat bertambah.ini gara2 kena godaan si Ijah bangkok le ni.huhuhu...sememangnya semangat ku ni nipis.tinggal 2 ari lagi.apa le keputusannya?...berhasil atau?????.....ada jawapan????

Saturday, May 21, 2011

Menu diet for dinner

menu dinner ari ni, tak complet. sbb sup n yagurt kita tak sediakan.
hihihi...nasi itam tu belen nasi semlm.sbb sayang kita mkn mlm ni.
budak2 cuma suka nasi putih je.
tak tahu nak coloteh apa.otak kejong.tak de idea.
jgn buang masa, jom le kita ke resepi
kita letak 2 resepi.


Tauhu Tumis With Vegetable
sedih gan lauk ni.sbb tak cukup bahan.mlz nak ke kedai.n mlz nak tipiskan beg duit.guna je sayur yg mana ada.nama lauk ni kita ubah ikut bahasa melayu.boleh ya....

Tauhu Tumis With Vegetable ( kuantity tuk 2 org)

Bahannya
Tauhu > 1 block (kira2 lam 200g)
Daging ayam > 100g (ayam masih kejong.kita guna udang)
Daun bawang > 1/2 btg
Carrot > 4cm (puas selongkar peti ais, dah abis)
Green Pepper (piman) > 1bj
Cendawan kering > 5 keping (tak da)
Rebung sedikit (tak da)
Bwg putih, Halia sedikit cincang (kita lebihkan halia,hiris halus2)

Bahan sos (dibancuh semua)
cili boh @ tonbanjan > sedikit
Soy sauce > 1/2 sudu besar
Gula > 1/2 sudu kecil
Miso @ tauchu > 1/2 sudu besar (jika guna tauchu, kurang perisa @ soy sauce)
Air campuran serbuk sup > 100cc (guna dari air rendaman candawan kering)-kita tak letak

Tepung ubi yg dibancuh dgn air tuk pekatkan kuah
minyak sedikit tuk menumis (kita guna myk bijan)

Caranya
  1. Keringkan air yg terkandung dlm tauhu.kemudian potong dadu.rendam cendawan kering dlm air panas,ketepikan.potong ayam ikut selera anda.
  2. Panaskan minyak tumis bwg putih n halia hingga naik bau kemudian masukkan daun bwg n ayam.kacau sebentar.masukkan bahan A n tutup sekejap.
  3. Kemudian masukkan tauhu n biarkan sebentar agar bahan2 sos serap dlm tauhu.bleh le pakatkan kuah dgn air bancuhan tepung ubi.
note; kita tumis tauhu sekali.tp pastikan jgn sampai tauhu hancur

Sara-sara Salad
Bahannya
Bawang besar > 1/4bj
Asparagus > 3btg
Togeh > 1/2 pek (kita guna togeh parang)
Seaweed sedikit
Isi ketam (tin) > 20g (kita guna tuna)
dreesing yg anda suka

Caranya
  • Cicang sehalus2nya bwg besar n rendam dlm air batu.supaya tak pedas n fresh masa dimakan.
  • Celur asparagus, togeh n seaweed sebentar.n toskan n jg bwg
  • Gaul sebati sayur tu semua n masukkan isi ketam n tuang lah dreesing anda.
note;
kuyah dgn perlahan.n buat le senaman ringan.nape salad ni dinamakan Sara-sara? lam resepi tu guna bwg.bwg bertindak melancarkan pengaliran darah.itu le dinamakan sara-sara.cth: chi sara-sara = darah yg mengalir tanpa masalah.jd byk makan bwg mentah lagi bgus le tuk pengaliran darah.guna bwg jepun lagi bagus.kalo guna bwg biasa tu takut terlalu pedas.kalo nak guna bwg biasa pun tiada masalah.caranya sama rendam dlm air batu kemudian gaul dgn garam.kalo gaul dgn grm, bwg tak berapa fresh lagi le.akan layu.terpulang pada selera masing.

Chi sara-sara ni shiyo.

Kisah Udang Geragau

nak cite kisah dari udang geragau ni.entah tiba2 teringat kisah ni.masa tu kita ditingkatan rendah.mgkn lam tingkatan 2.satu ari mak kita balek dari kebun suruh kita g beli udang geragau ni.nak buat masak.masak apa kita dah lupa.cuaca panas terik masa tu.tapi kita tanpa membantah terus g kedai.naik basikal.kedai tak le jauh sgt.angah lak nak ikut.jom lah...kita ajak dia.

kayuh le basikal capuk kita tu.kita lupalah apa yg kita n angah geli hati dari sepanjang nak ke kedai kita org asik ketawa.suka-sakan kerna g kedai tak jg.tp ada le cite lucu yg wat kami gelak sampai sakit perut.maaf ya kita lupa apa yg kami tawakan.

sambil tergelak2 g le kedai.dah beli apa yg mak suruh, kami terus balik umah.keluar kedai tu ada bukit.naik je basikal kami sambung lagi gelak ketawa sampai kita tak dapat nak kawal basikal.sambil tahan ketawa n juga kita cuba nak berhentikan basikal yg terhuyung-hayang(macam org mabuk).tapi disebabkan keadaan tak setabil menjadi kelam kabut.BUM!!!!....kami berdua terjatuh.angah tercampak.kita terus dptkan dia.periksa badan dia jika ada cedera ke?takut kene marah nnt.tgk bdn angah tiada cedera cuma calar sikit je, kita g betulkan basikal kita yg jatuh tu.

ADUH!!!!!.....basikal kita rosak teruk.handel basikal dah senget.tempat ddk dah tercabut.bakul dah penyek.sib baik udang geragau SELAMAT.kita tolak le basikal.tiba2...angah menjerit, DARAH!!!!.....DARAH!!!.....kita periksa angah lagi sekali."bukan angah le, tapi along".mana???puas kita cari bahagian mana yg cedera.angah kat lengan kita berdarah.YA ALLAH.....darah turun dgn laju sekali.hahahaha....lega angah tak cedera, diri sendiri kita tak peduli.barulah rasa sakit.kat lutut pun baru teras pedih.kita dah lemah sbb tgk darah..kita luruskan tangan keatas supaya darah tak kuar.tngan kiri kita sorong basikal.

sampai umah kita suruh angah jgn cakap kat mak.takut sesangat mak marah.(bunyi cam le aku ni bdk nakal...hahahaha...tak tau).kita suruh angah bg udang geragau kat mak.kita sembunyikan basikal.n kita tak terus masuk umah.fkr apa nak buat gan cedera teruk ni.tiba2 mak panggil kita.ADUH!!!....mengigil jg bdn ni.mati le......kita sahut dari jauh..."nak apa mak?"...mak; "g umah cik lah mintak bwg putih.lupa lak nak suruh".

tanpa lengah kita terus keumah jiran sebelah ambi bwg putih smbil sembunyi.ciklah dah syak sesuatu.masa nak balik umah cik lah perasan luka kita. cik lah; "sekejap Nor!!...(kat kg dia org panggil Nor).

kita; "nak apa cik lah?
cik lah; "nape gan tangan ko?
kita; "tak de apa2.luka sikit je.
cik lah: "meh sini cik lah tgk
kita; ...masih mengelak..."tak de apa2.

tapi cik lah tak peduli. YA ALLAH.....teruk luka ni. "mak ko tahu?"...kita; "tak....

cik lah; "kak Fuzi....anak ko luka ni.teruk ni.baik cepat bawa clinik.(kita dah risau n bertawakal)

mak kuar n tgk.terus mak terduduk.tgk luka kita.

cik lah; "ni kene jahit ni.
kita;....dah kecut."tak pe cik lah.lama2 elok le.
cik lah; "tak boleh kene g clinik
mak; ....dah menangis..."nape tak cakap?
kita; "takut mak marah.tapi angah tak apa2.

mak ckp kat cik lah.nasib baik luka je.n mak rasa menyesal suruh kita g beli udang geragau.ya...sib baik luka je.kalolah masa tu belakang kita ada kete ke, motor ke, memang dah arwah kot?tp mak tak salah.apa yg mak suruh kenelah kita patuhi.kekadang tu tak buat. lepas tu abah bawa ke clinik.semggu mandi tangan angkat keatas.hahahaha....

sekian kisah udang geragau.ada uummm???.....kisah benar kita tau.ingat darah tu meleleh cam air paip.rasa nak pitam masa tu.basikal tak gupe dah.hahahaha......

masa si abg nak beli basikal.kita tak bagi.takut you...kalo dia org cedera ke.sbb ada sekali tu masa balek dari keje.cermin depan kete tu pecah n ada basikal.kita agak, mesti bdk tu terbang cium cermin tu.esoknya dpt berita dari sekolah.memang betul dia cium sakan cermin kete tu.

tapi semenjak beli basikal belum ada yg cedera.mntak2 tu dijauhkan le.....

ami ebi

baru kuar dari frezer.dah bape bln pun kita tak tahu.nak wat apa gan udang ni.baru guna sedikit.sbb murah kita beli.pantang tgk arge murah.gahahaha....

kat jepun ada udang geragau.mcm2 namalah.ni le salah 1 jenis.ada tu nama "sakura ebi".bukan udang n sakura tu tau.wane udang tu seakan pink n kemerahan.teringin nak makan mentah.sbb sedap.lom penah mkn sakura ebi ni.n popular gan "kakiage".udang yg digoreng gan tepung.nnt le kita tayang seakan2 segupa gan menu tu.tnggu ya....skrg tgh selera nak diet.hihihihi.....

oklah...disebabkan masa tak mengizinkan.ingin minta izin mengundurkan diri.aaiiikkkk....apa sal ari ni mntak2 undur diri ni? sopan betul lak kita ari ni.hihihihi.....

Friday, May 20, 2011

Chicken with Tomato Sauce

Semalam beli buku resepi "タニタ", tanita. Buku tuk menu diet. Tgk kat tv. Selalu kalo menu diet memang tak berapa sedap. Pada kita le. Tapi pada buku ni bukan saja menu diet, kuantity yg kita mkn pun byk tanpa risau kalorie n masakan pun sedap.Nak cuba menu diet dari buku ni, sbb skrg tgh popular pasal buku ni. Makan banyak pun tak gemuk, malah leh menguruskan badan. Maka kita nak cuba dlm semggu ni. Berapa lemak leh terbang? Berapa kg badan ni leh ringan? Tapi kalo lepas mkn terus tido + makan jajan, sendiri jwp le.Mulai ari dlm semggu, menu diet yg kita pilih dari buku ni le. Waku...waku...bape lah pinggang ku ni kecik balik? hihihihi.....jom layan menu dinner dari buku ni. Nasi sahaja bukan dari buku.

Berapalah kg yg turun esok ya?hahahaha....tak kan le terus turun ya.tak sabo nak tggu smpi semggu.bertambah-tambah ke?atau berkurang-kurang? sama2 lah kita nnt kan jawapannya.itu pada kita je ke?


1.Kobis goreng bersama suun.(58 kcal)
2.Konnyaku + tauhu + konbu.(57 kcal)
3.Kimchi n togeh parang, soup.(14 kcal)
4.Chicken with Tomato sauce.(180 kcal)
5.Nasi kita letak kacang hitam.(kcal tak tahu)

resepi yg kita nak kongsi "Chicken with Tomato".muuuaaahhhh.....sedap.resepi kita ubah sikit.maka kcal mgkn lari sikit kot? sama ada bertambah atau kurang? Maaf kita pasal kcal ni tak mahir.bukan pro kan? sos tu kita nak letak fresh daun basil, tapi tak de.kita guna dry basil.

.Chicken with Tomato Sauce.











Kuantity tuk 2 org


Bahan-bahan;
Daging ayam bahagian paha > 100g x 2 keping
Garam n Lada sulah

Serori > 1/2 btg (kita tak letak)
Bawang Besar > 1/5bj
Bawang Putih > 1/2 ulas (kita guna seulas)
Tomato Puri (tin) > 100g (kita guna fresh tomato 2bj)

Bahan A;
Air 200cc
Serbuk sup secukupnya (kita guna secukup rasa)

Parmen cheese sedikit (kita tak  letak)
Paseri (kita letak dry basil)
Olive oil > 1sudu besar

Caranya;
  • Buang kulit ayam n lemak2 pada daging.jgn buang semua ya.gaul dgn garam n papper.garam jgn terlalu byk.
  • potong serori,  bwg besar, tomato secara dadu (terpulang).bwg putih cincang halus.
  • Fry pan panaskan olive oil n goreng sebenatar ayam hingga keperangan.Guna apai yg sederhana.
  • Jika minyak kurang boleh tambahkan sikit jika perlu
  • Masukkan bwg putih, bwg besar, serori.tumis sebentar.kemudian tomato
  • Tambahkan air yg telah digaul bersama serbuk sup.tutup.
  • Guna api yg kecil n didihkan selama 20 minit atau hingga sedikit kuah pekat.jgn sampai kering.masa tak perlu smpi 20mnt.terpulang kuah yg anda mahu.
  • Sesekali gaulkan lah....
  • Akhir sekali setelah kuah pekat atau sedikit kering masukkan daun paseri atau basil.
  • sedia tuk dihidang. n tabur parmen cheese keatas.

antara dlm menu.
Total kcal dlm 400 lbh.sbb kcal nasi kita tak tahu.

Thursday, May 19, 2011

Spice Onion Ring


minta maaf bebanyak.selalu saje siaran tergendala.amat bz gan urusan harian.masa yg terluang ari rabu, sabtu n ahad.itu jg bergantung jika tak bz gan aktivity kendo.ku hingat thn ni le leh goyang kaki.fikiran ku melesettttttt jauh sekali.thn ni le paling bz n penuh gan aktivity anak2 dari thn2 yg lepas.thn depan akan lebih bz.aduh!!!.....tiada apa yg boleh ku keluhkan.udah tugas sebagai ibu.jomlah kita cite dinner smlm.

ada kisah disebalik tabir pembikinan onion ring ni.
apa ya????

kisah begini.dlm resepi ada tertera bahan "all spice".maka g le beli "all spice" ni kat super.balek umah nak wat le onion ring.cari2 brg dlm beg plstic yg kuar dry parsley.
lam ati; "laaa...masa bila lak kita beli parsley ni?"...seingat kita, kita ambil botol "all spice".uuummmm....lam ati silap belilah ni.maka esok harinya g beli le "all spice".

maka wat le semlm.n selepas abis masak.kemas dapur.bergolek "all spice" yg kita beli ari pertama,yg kita fkr kita salah beli.maka kita memiliki "all spice" 2 botol.sape nak? lagi 1 botol lom bkk lagi.botol pertama yg kita beli ni dari made in malaysia tau.siapa ada kisah????

nak komen sikit kat resepi ni.memang sedap.nama je all spice tp tak pedas.mgkn kat mesia tak de kot?atau cuma kita je yg tak tahu?hihihihihi......amat sesuai gan selera anak2.kita ada tambah sikit ikut selera tekak kita.nak puji ni....licin abis dimakan.walaupun kita guna minyak lama tuk mengoreng(rasa kurang sedap sikit, abis hingg berkilat pinggan.tinggal minyak je.hahahaha...)

ari ni hubby ku terbang ke Thai,indonesia n malaysia bersama bos.suka le bdk2 kat kilang, bos tak do (^_^).
apa???termasuk kita???isshhh....kita tak kisah bos ada ke?bos tak de ke?sbb smpi kilang wat keje kita.yg bos tahu smpi tarikh barang nak anta, dah siap!!!.... tak leh nak bertandang lelama kat pc, nak bersiap nak g keje.jgn nakal2.....n senyum selalu (^__^)

*aaaarrrrrrr.....bilalah nak wat seri muka ni???????









スパイスーオニオンチング、Spice Onion Ring

*servic tuk 2 org*

Bahan-bahan
Bawang Besar 1bj
Powder All spice, garam, lada sulah @ black papper secukupnya 


Bahan salut
Telur 1bj
Tepung gandum 1/4 cawan
Breadcrumbs secukupnya.

Bahan yg kita tambah;
Bijan, dry parsley, dry basil

  1. Potong bawang cara bentuk bulat.gaul gan garam, lada sulah n tepung.gaul gan lembut.takut bawang akan pecah.faham kan?
  2. salut bawang dgn turutan celup pada telur > breadcrumbs.(kita gaul bijan,parsley n basil pada breadcrumbs)
  3. sedia di goreng.
  4. boleh saja mkn gan sos tomato atau sos yg anda suka

Wednesday, May 11, 2011

Dinner yang simple


sebenar tak tahu nak masak apa.g supa td.terjumpa lak kawan.borak2 punya borak adalah 30mnt lebih kami berborak.n sato dah macam2 letak lam bakul ni.....maka masa dah lewat kita mnta diri.huhuhu...sesekali kalo ketemu kawan ada jelah citenya...kwn kita tu dah berapa kali nak ke mesia.tp belum ada rezeki.tu sbb dia tnya bila kami sekeluarga blek mesia.dia n anaknya nak ikut.kalo dia ikut nak bawa dia ke mana ya???

sempoi punya dinner.kita tak tahu apa nama masakkan ni.kita main bantai je.tapi sedap pulak.hihihi....puji sendiri.pada tekak kita le.simple n healthy.kira manu diet jg lah.kita guna "konnyaku + kimuchi + soy sauce".kita mkn ni je,nasi kurangkan."konnyaku" ni adalah sejenis dari ubi.tapi bukan ubi kayu tu tau.selepas di proses jd cam kejal atau pun cam jelly."konnyaku" ni tak de rasa.

mula2 kita ingat dari jelly le "konnyaku" ni.rupa2 diproses dari ubi .cara buat kita penah tgk kat tv.tp tak penah buat.leceh.beli yg dah siap je.ubi "konnyaku" pun tak penah tgk.


Negi to tamago yaki

other menu mlm ni.lagi simple.blek dari beli brg td, dah lewat.masing2 dah lapo....maka masak lam 10 mnt je dah siap.hahahaha......licin abis dimakan.mgkn sbb lapo kot?masakkan ni kerap jg le kita masak.kalo dah tak de idea nak masak.atau lebih tepat idea malas.

gmba pun sempoi je.nak cepat.

nak resepi ke?
kalo gitu teman tebarkanlah resepinya....


NEGI TO TAMAGO YAKI ( batang bawang n telur tumis)

Bahannya;
Telur 3 biji + dashi ikan (kacau)
Daun bawang guna bahagian batang je.daun tak guna (potong lam saiz 2cm)
soy sauce sedikit
minyak masak @ bijan

caranya;
  • panaskan fry pan.kita guna minyak bijan.masak telur separuh masak je.angkat.ketepikan
  • fry pan yg sama, kira bakarkan batang bawang hingga layu.tambahkan minyak sedikit je.
  • masukkan telur separuh masak tadi n kacau dgn batang bawang tu.
  • tambah soy sauce lam 1 sudu besar n sebatikan soy sauce dgn telur n batang bawang.rasalah...jika perlu boleh tambah soy sauce.
  • siap tuk di hidang
nmpknya kuih seri muka tertangguh lagi.hihihihi......(^____^).cadang nak wat dr mggu lepas.selepas tgk kat umah Ijah,bangkok.tapi hingga ke ari ni tak buat2 lagi.

nak cuba buat kuih-muih mesia.leh bagi kat kawan2 jepun ni.tapi tulah....masa bilalah kita nak buat.itu le masalahnya.....

Sunday, May 8, 2011

エビカツ, Fried shrimp

SELAMAT HARI IBU.....
tuk ibu2 di dunia maya ni.moga sentiasa ceria, sihat, gagah, kuat n sewaktunya teruskan tugas2 ibu tanpa jemu. khas ayat tu tuk kita ni.hihihihi......

n terutama pada Mak yg kita sayangi.terima kasih mak.....

エビカツ, Fried shrimp

Bahan2;
Udang saiz sedang 6 @ 8ekor
garam sedikit

Bahan perisa;
Garam n lada sulah sedikit
Mayonnaise........1/2 sudu kecil
Tepung ubi(katakuriko,片栗粉).......1 sudu kecil
Tepung gandum.........1 sudu kecil

Bahan salut;
tepung gandum, telur n breadcrumbs yg secukupnya
minyak untuk mengoreng

Caranya;
  1. Bersihkan udang n gaul dgn garam n basuh.keringkan udang dari air.n cincang.(kita hentak guna pisau supaya udang penyek)
  2. Gaul bahan perisa bersama udang.
  3. Bentuk bulat @ leper n celup ikut urutan, tepung >telur >breadcrumbs
  4. Selesai balut, bolehlah di goreng.gunakan kepanasan minyak yg sederhana.U all tahukan....
  5. Gorenglah hingga masak.
dari tenet

gmba atas tu kita copy dari tenet resepi yg kita rujuk tu le.hasil dari gmba amat berbeza dgn hasil yg kita buat.tapi kali pertama kita buat ni sama kale tau.sbb ikut kuantitya.ari ni buat byk sikit.n kita terkurang tepung.dah kitanya "fried shrimp" tu ter cream pulak.tapi masih sedap.n mungkin sbb kita pakai blender kot?sbb nak cepat.

sesuai tuk bekal.mana2 anak2 yg suka udang tu memang cantik le.ewahhh!!!!.....promot lagi.
cubalah n try


 

LOTUS EUROPE 1966~1977

ada sesiapa yg ingin memiliki kereta ini? angkat kepala....senang nmpk muka.
hihihihihi.......
balek dari latihan kendo ptg td sggh kat kawasan parking highway.masa nak blek ada lak kete ni landing sebelah kete kita.kami semua (4 beranak)....jeling2 le kete tu....masuk kete hb tnya kita;

H; "nak ambil gmba kete tu tak? tuannya ada tu....
K; "tak payah le.....
H; dia bukak cermin kete, "sumimasen....kono kuruma, sashi totte ii desu ka?(maaf.....boleh sy ambil gmba kete ni?
Tuan kete; "Dozo"....silakan
H; "dia dah izinkan.g le ambil...
K; "awak g le...saya ni sopan n malu.gahahahaha...layu bunga mendengarnya....

maka hb turun dari kete n ambil gmba kete ni.




my new seterika.
present dari hb sempena ari ibu.
cubalah bg bauce ke?g shoopping ke? g melancong ke?terus kuar sayap kita ni.hahahaha...
apa2 pun terima kasih bebanyk
kebetulan seterika kat umah ni dah uzur.dia belikan yg baru
tak belikan pun kene beli jg
keluaran model baru .senang nak gosok
senang gosok pun bkn kita minat bab mengosok ni.kecuali dah darurat.
dulu kalo keje.adik2 kitalah jd mangsa mengosok baju2 kita.
PEMALAS????
kan kita dah kata tak minat.hahahahaha.......

Saturday, May 7, 2011

Mekar bersama bunga

Assalammuallaikum.

Selamat pagi, Ohayou, Sawaradikap, good morning, magandang umaga, bonjour, annyeong.....


tgh demam nak berblog ni.gihihihihi...pepagi semua akan hidangkan menu sarap.kita indahkan lagi suasana pagi dgn munga2 masa kita g "little world" ari tu.suka lak tgk lanskip tu.aman n nyaman.










nama2 bunga ni kita ada catit.tapi kertas yg kita catit tu ilang-menghilang diri.maka lihatlah bunga ni tanpa nama.asalkan cantik......

Friday, May 6, 2011

Keputusan Kulit Gyouza

yihuuuuuu.......
ni le keputusannya.alhamdullillah....kulit yg kita dah bentukkan tu n kita biarkan semalaman dlm peti ais tak melekat.n raping gan plastic ya.nnt kulit tu tak akan kering.
kene tipiskan lagi kulit ni.kulit kita tebal tebal sgt.
adunan yg semlm tu boleh dpt 25 keping.
tapi kita cuma 15 keping.
kalo nak simpan kulit ni.pastikan masa nak bentukkan tu guna tepung ubi.
jika guna tepung gandum tu.takut kulit2 akan melekat antara satu sama lain.
kita tak pasti berapa ari boleh simpan.
jika boleh guna secepatnyalah.sebelum 3 ari selepas kita buat kulit ni.
itu jika nak wat kulit dulu n simpan.


gmba yg atas sekali tu, masa potong tu potong lebih nipis lagi dari dlm gmba tu.kalo nak uli semua sekali pun tiada masalah.tp cara tu senang sikit.pada kita le.suka korang le....



yg ni selepas siap.tu bukan hangus tau....
gyouza ari ni kita letak inti "kimchi".
disebabkan kulit tu cuma 15 keping.bdk2 ni berebut pulak
hihihi...tandanya sedap le tu
dah ngantuk (-.-)Zzzzz.......
maaf ya.kepenatan yg teramat.esok nak kene wat bekal
leceh tol le....sehari keje pastu cuti.baik terus je cuti
tapikan....nnt dapat gaji...gigit jari.hihihihi
jya...nemui kara, mina-san...sore dewa oyasuminasai


sape ni?
ha..... nama dia Bando Ejisan.
bekas pemain baseball.
n sekrg sebg artis le
kebetulan terserempak kat Nagoya.kita tak salam
malas nak beratur n + kita tgh bad mood.hihihihi.....

Thursday, May 5, 2011

Kulit Gyouza,Dumpling

KULIT GYOUZA,DUMPLING

baru abis menguli n membentuk kulit ni.
resepi ni baru pertama kali kita cuba.
sebelum ni kita guna resepi "hana maru maketo"(rancangan tv)
seblum ni, kalo wat kulit sendiri tak berapa cntik.n lembik
tapi ikut resepi ni segupe gan kulit gyouza yg selalu terdpt kat supe.
kat cini jarang jumpa yg betul2 ok.
ari tu, kebetulan ada lak kat supa dekat umah ni ada jual yg kandungan boleh diterima.
sbb tu rajin nak tayang.
selalu lepas mengguli, nak masukkan inti lak.
dah kepenatan .
ala....lebih kurang cam nak wat karipap le...

disbbkan dah letih...
jom le kawan tebarkan resepinya....



KULIT GYOUZA.

Bahannya;
Tepung gandum_______50g
Tepung buat roti_______50g
Air suam_____________5 sudu besar
Garam sedikit.

(leh dpt 25 keping.pndai2 le bahagikan kawasan tanah kulit tu ya)
Caranya; 

1. Dalam mangkuk satukan kedua2 tepung n garam.Tambahkan air suam 1 sudu gaul.Hingga ke 5 sudu.(kita guna chopsticks utk leraikan tepung.leh guna jari-jemari anda tu).

2. Terus uli hingga menjadi doh.jika rasa nak tmbah air boleh tambahkan.kita guna 5 sudu besar je.uli hingga tak berlerai ya.ni proses guna tenaga.Fighting!!!!......Dah abis menguli.balut gan plastic n rehatkan selama 30mnt.
3. selepas direhatkan 3ominit.bentuk lonjung cam ni le.
4. Potong.supaya senang nak wat bulat nnt.atau pun uli le ikut suka ati anda.masa nak bentukkan n leperkan tu kene tabur tepung ya.supaya tak melekat.kita guna tepung ubi.itu yg terbaik.kat respi ckp cam tu.kita ulang ckp je.....

ni le hasil lepas main gelek2....hihihihi....selalunya kita akan terus msuk inti.kali ni nak cuba.tidokan semalaman selepas dibentuk.nak tgk ok ke tak?keputusannya esok pagi le.....