Dinner yang simple
sebenar tak tahu nak masak apa.g supa td.terjumpa lak kawan.borak2 punya borak adalah 30mnt lebih kami berborak.n sato dah macam2 letak lam bakul ni.....maka masa dah lewat kita mnta diri.huhuhu...sesekali kalo ketemu kawan ada jelah citenya...kwn kita tu dah berapa kali nak ke mesia.tp belum ada rezeki.tu sbb dia tnya bila kami sekeluarga blek mesia.dia n anaknya nak ikut.kalo dia ikut nak bawa dia ke mana ya???
sempoi punya dinner.kita tak tahu apa nama masakkan ni.kita main bantai je.tapi sedap pulak.hihihi....puji sendiri.pada tekak kita le.simple n healthy.kira manu diet jg lah.kita guna "konnyaku + kimuchi + soy sauce".kita mkn ni je,nasi kurangkan."konnyaku" ni adalah sejenis dari ubi.tapi bukan ubi kayu tu tau.selepas di proses jd cam kejal atau pun cam jelly."konnyaku" ni tak de rasa.
mula2 kita ingat dari jelly le "konnyaku" ni.rupa2 diproses dari ubi .cara buat kita penah tgk kat tv.tp tak penah buat.leceh.beli yg dah siap je.ubi "konnyaku" pun tak penah tgk.
Negi to tamago yaki
other menu mlm ni.lagi simple.blek dari beli brg td, dah lewat.masing2 dah lapo....maka masak lam 10 mnt je dah siap.hahahaha......licin abis dimakan.mgkn sbb lapo kot?masakkan ni kerap jg le kita masak.kalo dah tak de idea nak masak.atau lebih tepat idea malas.
gmba pun sempoi je.nak cepat.
nak resepi ke?
kalo gitu teman tebarkanlah resepinya....
NEGI TO TAMAGO YAKI ( batang bawang n telur tumis)
Bahannya;
Telur 3 biji + dashi ikan (kacau)
Daun bawang guna bahagian batang je.daun tak guna (potong lam saiz 2cm)
soy sauce sedikit
minyak masak @ bijan
caranya;
- panaskan fry pan.kita guna minyak bijan.masak telur separuh masak je.angkat.ketepikan
- fry pan yg sama, kira bakarkan batang bawang hingga layu.tambahkan minyak sedikit je.
- masukkan telur separuh masak tadi n kacau dgn batang bawang tu.
- tambah soy sauce lam 1 sudu besar n sebatikan soy sauce dgn telur n batang bawang.rasalah...jika perlu boleh tambah soy sauce.
- siap tuk di hidang
nmpknya kuih seri muka tertangguh lagi.hihihihi......(^____^).cadang nak wat dr mggu lepas.selepas tgk kat umah Ijah,bangkok.tapi hingga ke ari ni tak buat2 lagi.
nak cuba buat kuih-muih mesia.leh bagi kat kawan2 jepun ni.tapi tulah....masa bilalah kita nak buat.itu le masalahnya.....
