マーボー豆腐、Maboutauhu
Assalammuallaikum
(^__^),sihat?
cepat sggh masa berlalu.rasanya mcm tak sempat nak kejar masa.
bangun dari tido tgk kat luar dah putih melepak.
gmba ambil dari bilik tido.pemandangan yg jauh tu view bukit.tapi tak nmpk sbb terlindung dek cuaca
kemungkinan esok pun turun salji.
teringat masa lahirkan Satoshi.tiap2 ari salji.sib baik tak letak nama dia "YUKI"
ari ni ada temu janji gan kawan.mkn kat luar.
kita sorang je makluk terasing.semua org jepun.
hubby n anak2 lupa sekejap
sesekali tak pe kan?
antara menu tgh ari
lam gmba kita ada tanda uruf.antaranya;
a, sashimi (ikan mentah,uummm...sedap)
b,salad timun
c, tauhu
d, telur ikan (pas kat kawan, tak suka)
e, kimpirra (akan dtg kita cuba letak resepi ni)
f, ikan bakar,telur,sushi n sayur salut
g, miso siru, sop jepun
h, tempura
i, sashimi sos (sos sauce tuk sashimi)
| ごちそうさまでしった。おいしいかったです。(^__^) gochisou sama deshitta, oishii katta desu (^__^) ayat tu guna selepas habis mkan.kita alhamdullillah.mereka(jpn) gochisou sama deshita |
Maboutauhu
Bahan-bahan
- tauhu 1 park@ 450g
- daun bawang 1btg
- bawang putih 2 ulas (terpulang kalo nak letak lebih)
- halia sebesar ibu jari
- toubanjan @ cili boh 2sudu besar (nak pedas lagi leh tambahkan cili)
- sos sauce 1sudu besar
- oyster sos 1 1/2 sudu besar
- pati ikan @ ayam (ikut rasa)
- gula 1sudu kecil
- minyak bijan 2 1/2sudu besar
- air 250ml
- tepung beras yg dibancuh dgn air. (utk pekatkan kuah)
Caranya;
- cincang halus b/putih, halis n daun bawang.ketepikan
- tauhu dipotong dadu.
- panaskan minyak bijan, tumis halia n bwg putih hingga naik bau.kemudian masuk cili boh tumis sekejap.
- masukkan daun bawang n tumis lagi.masukkan air sikit, sos sauce, oyster sos, pati ikan n gula kacau sebentar.
- kemudian masukkan tauhu n air.biarkan hingga mendidih
- jika kurang rasa boleh tambahkan rasa ikut selera masing.
- tabur sikit minyak bijan n kacau ala kadar n siap tuk dihidang
- jika suka boleh tabur daun bawang
*note: jika suka boleh letak daging cincang.hubby tak suka daging.boleh guna terung.kalo guna terung nama kena tukar. "mabou-nasu".kalo nak guna daging.tumis daging dulu baru masukkan bwg putih n halia.n proses yg sama.
jya. gokigen yo......
jumpa lagi......"have a nice day"
